Walaubagaimanapun, terima kasih kepada kerajaan malaysia, sbb rasanya sepanjang intern dh 6 bulan ni, bnyk btul public holidays + cuti yg sama amik sendiri + mc + ponteng. Wah terasa dunia ini saya yg punya~. Tetapi cuma arini je, nampaknya company saya begitu berani melawan daulat yg dipertuan agong kerana tidak cuti sempena pertabalan baginda. Tak takut kena tulah raja kot? Oleh itu, saya mengambil cuti pada hari isnin, dan akan balik ke kampung halaman, tempat tumpahnye darah saya, iaitu di Kuantan pada malam esok, sehingga la ke hari Rabu. Oh, sungguh girang hati saya, tidak terperi!
Anyway, ini mungkin entry terakhir sebelum saya pulang ke kampung. Maklum la, org kampung. Tiada perkhidmatan jalur lebar di rumah saya, cuma saya rasa saya akan makin melebar, lagi lebar dari jalur lebar, menternak badan kerana sudah pasti makanan di kampung enak2 untuk diisi ke dalam ruang 3 dimensi perut saya. Aaa, begini lah saya, jikalau penat, sudah pasti otak pusing, lalu saya akan menjadi seorg yg begitu sopan dan susila seperti ini.
Amaran: Aku rs entry ni akan jd panjang gler. Cam bnyk modal je nk cter.
Actually, aku terpanggil utk mengupas lebih lanjut, entry seorg rakan seperjuangan:
Entry dr blog Abrak, bertarikh April 23. Sory la Abrak, sbb re-publish entry kamu and x leh nk tinggal comment kat situ sbb nnti pjg gler. Anyway, aku bukan nk komen pasal pakcik/makcik yg jaga kaunter tiket ni, sbb aku pun x kenal dia. So xleh ar nk komen nape dia nk tengking2 org yg beli tiket lak kan? Kot2 la aritu dia senggugut ke, gaduh laki bini b4 g kerja ke.
Just wanna share my experience.
Sorry la, it’s all about the Japanese thingy again. Bkn nye aku fanatik sgt ngn bangsa2 mata x terbukak ni, tp the the fact is this is the only best example that I have. Aku x deny, ada jugak some malaysian, (specifically, melayu) yg jenis ckp elok2, manner bagus ar. Tp aku dare to say, percentage tu sikit or mostly x sampai lagi pada 1 tahap yg bole dibanggakan.
(bukan sebgai seorg pakar dlm culture) Personally, maybe one of the big reasons that make the difference antara manner japanese people ngn manner org melayu is the language. Lagi tepat kalau aku ckp culture la. Tp from my own personal view, aku nk try kaitkan yg the language that creates this culture. For intro, aku nk tunjuk perbezaan dan persamaan antara BM ngn bahse jepun.
Dalam BM kita ada:
1. Bahasa Pasar (daily speaking language)
Digunakan secara meluas, x kira jantina, umur, bangsa dan pangkat
2. Bahasa Rosak (bahasa & perkataan pelik2 yg dicipta oleh xtau siapa, tp berkembang pesat)
Yakni, perkataan yg xde dlm kamus dewan. Rasanya golongan “moda” yg cipta perkataan2 ni dan menjadi ikutan semua, 1 negara pulak tu. Ataupun student2 yg penah blaja di asrama penuh, rasanya setiap sekolah asrama ni dorang ada term2 yg dorang guna sesama dorang. So bila dh keluar sekolah pun dorang still guna lagi term2 tu lalu tersebar la bila berjumpa ngn mmbr2 baru.
Contoh bahasa rosak : poyo, sumer
3. Bahasa SMS (shortform)
Ni pun antara writing language yg digunakan secara meluas. Antara sbb2 nya, nk jimat credit, malas nk type pjg2.
4. Bahasa Rojak (mix language)
Biasanya mix BM ngn BI la, or BM ngn Chinese ke, xpenah lagi aku dgr org borak2 mix BM ngn Japanese or something.
5. Bahasa Loghat
Sesetgh negeri kat mesia, begitu taksub ngn loghat tpt sendiri, sampai dh keluar dr tpt sendiri pun still nk guna loghat jugak.
6. Bahasa Formal (menepati grammar, spelling dan tanda baca yg standard)
Langsung x digunakan secara meluas. Drpd nama nye sendiri, FORMAL, spatutnya digunakan dlm majlis2 formal, tp rs nya jarang. Org lagi suka guna English or bahasa pasar, sbb mudah difahami, lebih pendek, ada unsur2 kelakar dan bila bahasa tu x formal, nampak hubungan tu lebih erat/frenly.
Dalam Bahasa Jepun lak:
1. Bahasa Pasar
Same case ngn BM, digunakan secara meluas, TAPI bukan yg paling meluas DAN dorang tau batas2, bila sepatutnya guna, bila x sepatutnya guna.
2. Bahasa Rosak
Same case ngn BM. Ni pun, sama ngn Malaysia gak, perkataan pelik2 dicipta oleh remaja2 jepun, biasaya oleh budak2 high school, dan menjadi ikutan. Antara sbb2 nya, nk memendekkan perkataan yg panjang.
Contohnye : 20%, yg sepatutnya pronounce as “ni jyuu (20) pa-sento (as in ‘percent’)”, dipendekkan menjadi “ni jyuuppa”
3. Bahasa SMS
Yg ni lagi hebat. At least kat mesia, leh bc or leh guess shortform yg ntah apa2. Tp bahasa sms dorang, perkataan diganti ngn simbol or ‘smileys’. Ada sampai 1 tahap, mmg xleh nk bc tp hanya sekadar utk melihat dan buat pemahaman sendiri. Dh jadi tulisan purba la plak ek, guna simbol2 je. Contohnye:
Ni baru sket. Kalau full 1 page tu mau pening gak. Contoh di atas, perkataan "makan" diganti ngn simbol "sudu garpu", perkataan "waktu" diganti ngn simbol "jam" etc.
4. Bahasa Rojak
Ni mmg bnyk. Aku rs dlm mana2 language dlm dunia ni pun, ada perkataan pinjaman yg akhirnya dijadikan perkataan standard sesebuah negara.TAPI dlm bahasa jepun, bukan setakat meminjam perkataan, tp dipotong lak perkataan tu bg pendek. Suka2 dia je.
Contohnye: PERSOnal COMputer – sepatutnya pronounce as “pa-sonaru kompyu-ta” tp dipotong jadi “pa-so-kon”, dia amik part “perso” ngn “com” tu je. Camtu la kot klu negara maju, sumer nk cepat je, perkataan pun abis kena potong.
5. Bahasa Loghat
Same case in BM, kat jpn bnyk loghat ikut region. Tp ada 1 loghat, yg agak famous, kiranya sumer org bole paham la loghat tu, and boleh dikatakan menjadi satu kebanggaan lak, kalau org yg bkn berasal dari situ leh berckp guna loghat tu, iaitu loghat Kansai or loghat Osaka. Klu dlm mesia ni, sama taraf ngn loghat kelantan la kot, or loghat utara.
(perbezaan antara BM ngn bahse jepun start from this point)
6. Bahasa Formal
Berbeza ngn mesia, bahasa formal digunakan sama bnyk ngn bahasa pasar. Kerana, org jpn SANGAT menghormati antara 1 sama lain, dan HIERARCHY sgt penting dlm kehidupan dorang. So, depends on jantina, pangkat, umur dan situasi, most of them guna bahasa formal, even budak2 punk tepi jalan pun reti guna bahasa formal dgn btul.
7. Bahasa Super Sopan
Yg ni special sbb aku rs xde kat malaysia. Lebih tinggi dr tahap bahasa formal. Selain menggunakan bahasa standard, perkataan dan spelling yg btul, ayat2 yg digunakan dalam bahasa super sopan ni, berbeza dgn bahasa formal. Grammar nye ditukar sket, and certain words are completely different from normal speaking language.
Contohnye:
(Dalam bm) Awak nk g mana?
Bahasa pasar: Doko e iku no?
Bahasa formal: Doko e ikimasu ka?
Bahasa super sopan: Dochira e ikaremasu ka?
Biasanya bahasa super sopan akan jd lebih super duper panjang dr bahasa biasa. Mmg melilau gak kepala kalau ckp ngn org sopan2 ni. Tp biasanya bahasa ni digunakan:
1. Oleh org bawahan bila berckp ngn org atasan untuk tunjuk kita hormat kat dia
2. Bila org yg menjual brg/servis berckp kepada customer dorang
3. Bila seseorang berjumpa ngn org lain buat kali pertama (org yg still belum kenal lagi)
So, kalau g hotel, kedai2, department store, sumer org akan guna bahasa super sopan ni. Ter super panjang lak intro aku. Baru mukadimah tu, sekapur sireh.
Masa aku mula2 mintak part time job kat jpn dulu, aku prektis gler2 bahasa super sopan ni, which, bg org jpn sendiri bahasa ni dianggap susah. Dah la foreigner, klu tergagap2 kang susah gak nk dpt part time job. And dorang ada special kelas kat sekolah, utk blaja bahasa ni.
My point is, even kita xde bahasa super sopan dlm BM, and kita x guna sgt bahasa formal kita utk menghormati orang, itu adalah kerana mmg culture kita dh mcm tu. Tapi aku try imagine, kalau org kaunter tiket tu ckp cam ni,
Selamat datang ke kaunter tiket kami. Adakah apa-apa yg saya boleh bantu encik?
Aku rs x janggal kalau org welcome kita cam ni. Tp culture kita lebih pada senyuman dan berckp dgn lemah lembut, instead of formality in speech. X perlu ada tahap sampai bahasa formal dan bahasa super sopan utk menghormati pelanggan. Kalau nk ckp pasal topic culture mmg best. Rs terbukak sket biji mata sbb seronok tgk dlm dunia ni, as if, whoa camni punya culture pun ada.
Sedikit selingan, nk share experience aku. Aku mmg suka share2 ni sbb sharing is caring haha. Bg org jpn, customer ni cam King and Queen. Kena layan gler2. Kalau salah sket, or ada apa2 customer x puas ati, mmg dorang cuak gler, dok ckp sorry sampai sejuta kali. Pengalaman aku masa buat part time kat Convenience Store (Circle K), ala2 7-Eleven gak ar. Sempat setahun lebih rasanya keje situ. Alhamdulillah, baru first few months, aku dh naik pangkat hehe. Jadik ketua shift. 1 shift ada 3 org. But dat’s not the point la.
Beza nya convenience store sana ngn malaysia, selain ada jual makanan kering, snacks etc, dia ada gak jual ‘bento’ (nasi campur, masakan panas), dessert cam kek, puding etc, photostat and fax service, jual stem, renew license motor, jual tiket movie, tiket disneyland etc, bole buat ticket reservation utk current event or concert, bole bayar bil air letrik, gas, henfon, jual henfon pun ada, jual dvd movie ngn PS2, and ada courier service. Aku rs kalau keje convenience store kat sana mmg mencabar gak ar compare klu keje kat 7-Eleven kat sini sbb bnyk benda kena tau.
Anyway, bila kena jaga cashier, especially bila customer beli ‘bento’ ngn minuman, cashier akan greet ‘welcome’, and then akan tanya soalan2 seperti berikut:
(selepas ditranslasi kan dlm BM formal)
1. Adakah anda mahu bento ini dipanaskan?
Kat cashier ada 2 microwave utk panaskan bento. Sometimes ada customer yg nk mkn terus or xde microwave kat umah, so dorang mintak panaskan
2. (kalau dorang ada beli dessert or juice)
Adakah anda mahu sudu plastik dan straw disertakan?
Sbb sometimes ada customer nk bwk balik umah, so x perlu kan sudu plastik
3. (scan sumer brg2 sementara tunggu bento dipanaskan)
Jumlahnya ialah xxxx.xxx yen.
4. (then terima wang dari customer)
Saya menerima sebanyak xxx yen.
5. Dan bakinya sebanyak xxx yen.
(kalau baki ada bnyk duit kertas, duit tu kena tunjuk sambil kira sekeping2 dpn customer b4 bgi duit tu kat dorang)
6. (kalau bento x siap lagi)
Harap maaf, sila tunggu sekejap.
7. Telinga plastic bag akan digulung bg memudahkan customer pegang, and then diserahkan pd customer, bahagian telinga plastik bag dipusingkan ke arah customer, bg dorang senang grab
8. Terima kasih dan sila dtg lagi (sambil tunduk)
9. (Kalau nampak customer tu bnyk brg2 kecik yg lain, berkampit2, kena offer utk satukan brg2 dia dalam 1 plastic bag yg lebih besar supaya dia senang bawak)
Adakah encik mahu semua barang encik disatukan dalam 1 plastik yg lain?
VS
Contoh di Malaysia (self experience, in some stores)1. (bila masuk kedai)
Mmg x mengharap ada greet welcome pun, tp even dh ter eye contact ngn customer, senyum pun tak dan terus memalingkan muka
2. Kat cashier lak, sepatah haram x ckp apa2, terus scan brg, hulur tgn mintak duit. (cashier bisu kot, xpe dimaafkan)
3. Plastic bag x bg kat customer by hand. Letak ke tepi dia je. Kita kena hegeh2 sendiri capai plastic bag tu
4. Keluar kedai, xde ckp tima kasih
Cuma yg aku perasan kat mesia ni, klu g kedai2 mahal or department store, br ada warm greetings. Kalau masuk kedai kecik tepi jln ke, sori la.
Kita bole nampak, betapa la org jpn ni menghormati customer, satu2 dia tanya. Kalau diikutkan logic, letak je la sudu, garpu, straw etc ke dlm plastic bag, xyah nk tanya2. Tp the point is, dia nk tunjukkan yg dia try utk memahami kehendak customer. Without customer mintak benda2 tu, dia dh tanya dulu and nk tunjuk ada 2 ways communication. Of course sumer soklan2 di atas ditanya dengan menggunakan bahasa super sopan.
Dlm 1 hari, perkataan yg paling bnyk kitaorg kena ckp is ‘welcome’ (everytime bunyi alarm pintu dibukak or bila eye contact ngn customer dlm kedai) and ‘terima kasih’ (everytime customer bayar, and bila dgr bunyi alarm pintu kedai ditutup).
Kalau nk harap malaysia sampai ke tahap ni, aku rs x mungkin. Lagipun culture berbeza. Tp at least, kalau berckp dgn manis, lemah lembut dan senyum je pun aku rs dh cukup.
Tepuk dada, tanya selera.
15 comments:
neh mmg super klaka punye entry. aku terbyg2 org mesia jadik super sopan neh. mesti lawak.
ha-ha.
btw ko keje 7-eleven ke tesco weh. giler la. xde pusat rekreasi kt dlm tuh. wahha!
Aku tetap puji Msia satu benda.
Sumer pekedai " jujur ".
Mereka tau, tak payah kasi greeting , buat sadin, muka mcm cipan kena taun pun orang tetap mari beli gak. Customer pun tahu, sakit hati camner pun, kena pi kedai tuh gak.
Kat Jepun,
mulut mesti selalu meleleh mizu-ame. Ikhlas atau tidak, kalau ada seratus keutamaan nak kena pikir, itu yang ke seratus. Kalau tak, bolehlah belajar belajar gulung tatami (tikar !) ...
Pastuh
kat supermarket Msia
walaupun tak ada ucap timo kasih ker selamat datang ker apa apa yg mcm Jepun ... tapi derang tolong buh barang kita beli dalam plastik walaupun dengan kelajuan tari Mak Inang skalipun ..
Kat Jepun, customer kena bubuh senirik dalam plastik.
Layan diri.
Ha ha ha
Z!
aku pun xleh bayang klu org mesia jadik super sopan..
lagi best, aku terbyg2 klu ko yg jadik super sopan, tunduk2 haha
bes bes
elo ray el-hadeed a.k.a Tengku Zaril
(btul ke eja?)
yoroshiku, tq sbb sudi tinggalkan komen and fotopages punya link.
bnyk gmbr best2. nnti aku usha2 lagi.
anyway, mmg btul, kat jpn ada sesetgh kedai tu, kita kena letak brg sendiri dlm plastic bag
tp aku x sure la kat osaka, sbb penah g skali je. klu kat area kantou, rs nya bole kira sebelah tgn je kedai2 yg camtu. selalunya supermarket, ngn 100yen shop je (layan diri)
yg lain tu mmg cashier yg letakkan dlm plastic bag
hm tp statement "sumer pekedai jujur" tu aku no comment. bagi aku, aku rela letak brg sendiri dlm plastic bag, drpd pekedai buat muka cam cipan kena taun.
baik aku wat sume. lagi laju. pueh ati pon pueh.
just tamo sopan pon jgn wat muke. ade kene hempuk ngan tin milo kang.
adab sopan tu dah tinggal sejarah. nama pun dah tak melayu, ada sally, molly, mary, danie dan macam2 nama omputih yang pelik2.
mungkin, kita dah lupa kita ni melayu.
tu la tu, even kalau ko tgk porn pun...awek jepun mesti cakap, "dame, dame, dame" (lebih kurang, "janganlah, janganlah, janganlah") tapi dalam hati sebenarnya nak. betapa sopannya derang ni.
mungkin sebab pekedai2 yang kaya raya tu rasa customer tetap akan datang even apa jugak yagn derang buat.
dan perkara paling aku pantang pasal kedai kat malaysia,
"ada duit kecik tak dik?"
adeh..sediakanlah duit kecik utk customer. bukan tanggungjawab kami pun nak sediakan duit kecik DAN suka hati kami lah nak bagi duit kecik ke duit besar. benda yang nampak sgt kecik tapi sebenarnya boleh buatkan orang irritating. dah jadi semacam benchmark utk orang malaysia ni berjual beli tak pernah nak sediakan duit kecik utk customer.
sama macam term "janji melayu". kerana dah biasa, langsung jadi budaya.
p/s: aku sgt suka tgk gadis jepun berbahasa sopan, mereka nampak sgt lah cute nya. "welcome, mangi-sama."
kyaaa~~
hehe btul abrak. baik buat sendiri, lagi cepat, nk sopan ke xnak sopan ke, sendiri punya pasal.
adei, sorang cipan kena taun, sorang nk hempuk ngn tin milo, ganaz~
Erk! mangifera pun ada~! welkam mangi-sama!
haha porn jepun pun ada nilai2 kesopanan eh? ekeke...
tp aku setuju, aku rs some of the pekedai kat mesia ni, dorang ingt, as if customer dh xde choice, so klu dorang wat muka pun, customer still cari dorang gak. pastu, bila customer lari, beralih arah ke mini market org cina, dorang kata org melayu xnak tolong sesama kaum.
lagi 1, aku x suka klu pekedai x bg tukar duit kecik. sometimes nk guna utk tambang bas or public phone (zaman2 xde henfon lagi), punya la kemut nk bg tukar duit. last2 aku beli benda2 murah, chewing gum, gula2 20sen, bayar rm1, dpt gak coins 80sen.
few days ago, aku balik kampung. kat blakang umah aku ada 2 mini market yg bersebelahan, cina ngn melayu. aku g yg melayu punya, nk beli topup. kat cashier, ada sorang mamat tu nk beli rokok. lepas dia blah, budak pompuan yg jaga cashier tu tgk muka aku, terus tunduk sambung baca magazine.
oi oi! bkn nk tanya aku nk beli apa. ingt aku halimunan ke? hangen je rasa. nk je aku jerkah, nk bisnes ke xnak?
bagus jugak, klu bangsa melayu or malaysia ni ada identiti sendiri. x meniru budaya org. x perlu nk tunduk2 sopan gler2 tp sekadar tau nk hormat org dh cukup.
pasal kemut duit kecik aku leh trime lagi. yg taleh blah bila kedai tade duit syiling langsung! wtf. tamo niaga ka tarak duit kecik. contoh terbaik dulunya ialah kedai makan kat cafe usm. harem tol. sampai sudah aku malas makan situ.
Nice post. For free photo storage, please visit:
http://www.kedaikopi.com/foto
For tons of photos, please visit:
http://www.snaptheroom.com/
Mr. Free Notes
manner..manner..
i know what u mean..yg pompuan n laki yg jadi salesgirl salesman ni..dorg bkn nk keje pun..klu kite ask nk pape..disebabkan terlalu malas, die ckp la 'habis stok'..'xde size'..yg dorg tau tu..nk mesra2 btwn dorg..x pun..nk tgk org je..mane tau dpt ngorat sorg 2 yg msk kedai tu..
yg aku x thn..klu kite belek je x beli..bkn men dorg maki kite..tunjuk hangen time kemas..klu kite nk beli..bkn nk lyn..cane tu..yg mane betul?
ce klu dorg dpt laki ensem or pompuan lawa..4 sure extravaganza treatment dorg.
klu tibe2 jd sopan x hengat..aku pengsan on the spot.hahahaha
alo Shirlene!
lama teda nampak kitak! haha
betul tu Shirlene, lepas kita try, x beli, nnti salesgirl tu lipat2 baju tu sambil hempas2, buat muka x puas ati haha...
aku pun pengsan gak la, klu ko jd sopan sgt haha
yg penting, tau batasan, situation and know well the person who you are dealing with
elo jep...rindu x ngan aku?hahah
tu la..kalo tibe2 aku sopan..tebiat la tu.heheh
td ade my fren lalu blkg workstation ku..tibe2 die stop..die ckp ur face cam AZWAN ALI..hahahahahahahahahaha
Ich entschuldige mich, aber meiner Meinung nach ist dieses Thema schon nicht aktuell. cialis bestellen forum cialis kaufen [url=http//t7-isis.org]cialis generika aus deutschland[/url]
Post a Comment