Jumaat mlm tu, aku kuar opis awal 15min, then terus chiow gi pudu. Dugaan pertama nk g Penang, disebabkan sabtu tu cuti Maulidurrasul, ya Allah, cam nak balik raya tu. Penuh gler org kat pudu, terkejut aku. Luar dalam ramai org. Aku g dari satu kaunter to satu kaunter, bila tanya Butterworth, sumer geleng kepala. Last2 ada satu kaunter tu,
"Butterworth ar bang? Aa mai mai. Sekaghang, bas dh nk jalan tu. Pi tughun kat platform 13"
Aku x kisah la bas tambahan pun, asalkan sampai penang. Wah2 yeye la bas dh nk jalan. Aku dgn x mkn apa lagi aritu, nk g atm pun x sempat. Duit dlm wallet tinggal RM4. Sunguh2, penuh semangat pi turun bawah tangga tu. Org mmg penuh skali kat bawah tu. Tp haram xde bas pun. Aku naik balik, tanya kat bro tu. Dia kata,
"Adik tunggu je kat bawah tu, sat lagi bas sampai, ada org panggil nnti"
Haprak! Ni la dia tektik lama org bas, x abis2 lagi. Tipah tertipu lagi~! Setengah jam tunggu kat bawah tangga tu, then ada org jerit,
"Butterworth Sg Petani Aloq Setaq! Butterworth Sg Petani Aloq Setaq!"
Ikut la pulak bro sorang ni g tepi jalan.
"Sat na bang, bas dh nak sampai nuh. Lagi 5 minit" (10x dia dok ulang)
Palahotak hang! Setengah jam aku nunggu tepi jalan tu. Dh tu pulak huwaaaaa cry me a river~! Yang dtg, bas sekolah kaler oren tu! Ada makcik tu komplen,
"La, td kata bas persiaran"
Macam2 helah rupanya dorang guna. Yg pathetic nye, naik je bas tu, ya Allah, macam sauna tu. Dia x bukak aircond, alasan, minyak xde, so kena isi minyak dulu, baru leh bukak aircond!
Nk luah kan isi hati yg terbuku since aku berumur 13yo:
1. Dh lebih 10 tahun aku guna bas express kat mesia ni, tp dr dulu, service x penah improve. Harapkan bas makin lawa, makin canggih, tp attitude dok takok tu jugak
2. Dari dulu sampai sekrg, sikap driver bas yg ntah apa2, yg kurang ajar (bkn sumer). Yg aku pelik sgt, sampai sekrg masih menjadi teka teki teka tekuk, dh tau nk jalan jauh, nape la x check engine, x isi minyak awal2? Selalu sgt camtu. Isi minyak tu mmg dh jadi aktiviti ruji driver bas b4 nk mulakan perjalanan, tp antara experience aku yg pelik2, ada bas g bengkel dulu, tukar timing belt, sejam lepas tu br nk gerak. Isk, awal2 xnak tukar
3. Driver bas mostly x ckp berapa lama nk berhenti, or dia x ckp samada tu berenti makan or berenti utk gi toilet je ke. Sian aku tgk ada india tu kena marah, sbb org lain g toilet je, dia g mkn, sumer org tunggu dia naik bas balik. Salah driver tu la, x ckp.
Nak share pengalaman menarik aku, naik bas express kat jpn, b4 gerak, driver tu akan ckp guna mic, ala2 pilot: (something like this)
"Kita akan memulakan perjalanan x min dari sekrg, dan dijangka sampai ke destinasi pada pukul x jam x min. Bas ini akan berhenti sebanyak x kali utk makan dan utk ke toilet."
Dan tiap kali berhenti, driver tu akan ckp, nk berhenti utk berapa lama. Bila ya Malaysia nk mencapai tahap camni. Kemajuan x seiring dgn perkembangan minda.
Kembali kepada kisah aku. Biasa lah, sbb nk untung, dia tunggu bas tu penuh dulu, baru nk jalan. Setengah jam lagi aku dlm bas, berkipas2 toksah cter. Muka minyak2, klu ada tepung leh goreng cekodok tu. Sumer org dh mandi peluh, sumer org dh makin kurus sbb lemak mula mencair (salah 1 advantage).
Antara komen bes yg aku dgr dalam bas:
1. Ada sorang pakcik, "Uih, hangatnya. Macam dok dalam aven (oven). Macam kuih bakaq!"
2. Ada sorang apek, "Saya sudah mandi ini macam" (mmg mcm baru kuar dr swimming pool, sian dia aku tgk)
3. Ada sorang bro pulak, "Wei bukak la aircond, panas la~!"
Tapi driver india tu buat muka tebal, muka x bersalah je. Lepas gerak, dia passed by 2, 3 stesen minyak, tp x isi minyak jugak.
4. Pakcik no 1 td, "Isk dia nk isi minyak tang mana ni. Isi minyak kat Aloq Setaq ka"
5. Ada sorang bro lain, "Dei, mana mau isi minyak. Sini lah stesen minyak"
Tp driver tu buat dono je haha. Adei, nk gelak pun ada. Tp sbb minyak cekodok dh mengalir2, nak senyum pun dh x mampu. Lepas setgh jam baru la penderitaan berakhir, isi minyak + bukak aircond.
Awal2 aku dh ckp kat driver tu, nnti berhenti lepas Tol Juru tau? Dia ckp, ok bos. Tp salah aku gak kot, aku tertdo. Masa tu dh kul 4am, aku tgk signboard, sumer tulis Butterworth, Alor Setar, aih, ni mcm dh terlepas ni. Gi tanya dia, bos, tol juru dh lepas ka? Suda bos! Argh! Gering jiwa dan raga ngn dia ni. Terus aku turun tepi jalan, then mmbr aku dtg jemput. Ya, mereka ialah Ita dan Kamseks (Hisham) (ar, sori ar Hisham, x biasa ar panggil ko ngn nama sebenar haha). Ita ni mmbr ngn aku since form 1, sempat classmate ngn dia masa form 2, form 4, form 5. Then masuk UM sama2, g jepang sama2. Kat UM lak, si Kamseks ni presiden batch kitaorg. Mereka berchentan masa dorang kat Jepang, sbb dorang ni 1 uni yg sama. And their baby, Emir Danish (x reti eja la).
Sabtu, aku tdo kul 6am, then bgn kul 10am. Then kitaorg g Aloq Setaq, sbb nk g kenduri kawin member kamseks. Biasa ar, dh 2 tahun x jumpa, dlm keta bukak cter zaman hingusan. Kat Aloq Setaq, kitaorg singgah umah parents Kamseks dulu, sbb dia mmg org sana. Ya, maka bermula lah satu teledrama yg baru kat umah Kamseks.
Guess what?! Ita suh aku pura2 jadi org jepun. Dia x bg aku berckp, suh angguk2 je. Haha, oi! Berani hang buat camni ngn mak mertua hang! Tp disebabkan dh disuruh, aku x tahan nk gelak. Bila masuk dalam umah, ita ckp, aku ni kawan jpn dia, baru sampai mesia. Mak kamseks pun,
"Hi, how are you?"
Haha..aku angguk lagi, sambil control gelak. Lepas dh lama sket tu, mak dia tanya lagi,
"Are you really from Japan?"
Masa tu aku dh x tahan nk gelak. Agaknye dia tgk aku dok gelak2, sah la kantoi lalu aku terus mengantoikan diri. Mak dia dh gelak besar dah. Masa tu ayah kamseks xde kat umah. Bole pulak mak dia ckp, ok, lepas ni kita pekenakan ayah pulak. Ayah kamseks balik, then aku salam ngn dia,
"Arigatou, haik!"
Kah3, jahat nye korang. Tp parents Kamseks mmg cam Kamseks gak, jenis lawak2 gitu. Sakit perut aku dok umah dorang. Masa nk balik, mak dia dh kecoh2,
"Cepat2 salam, org jepun dh nak balik tu"
Nk dijadikan cter, kat kenduri kawin tu, Kamseks ada janji ngn kawan2 dia nk gerak skali. Lepas sumer turun dari kereta, aku tgk sorang mamat tu cam familiar, x sempat aku tegur, dia tegur aku dulu,
"Ni bukan yg dok sebelah dlm bas mlm td ka?"
Kah3, it’s a small world~! Dlm bas borak2 gitu je, rupanya dia pun mmbr Kamseks.
Malam tu, mula2 plan nk dinner kat Juru, tp sumer penuh, ramai gler beratur. Of koz la, Ita ngn Kamseks nk banje. Mula2 nk g buffet sushi, tp xleh masuk klu x wat reservation, nk g Manhattan Fish Market, beratur gak, last2 g Victoria Station, yeaahh!!
Actually ni 1st time aku g Victoria Station. Sbb ingtkan x mampu, tp lepas masuk, ler, xde la mahal mana. Mmg la mahal sket je, tp x jauh beza klu mkn western kat tpt lain. Cuma ada la certain menu, cam steak yg dpt award tu, RM75+, yg lain2 tu stended price je.
Next day, g kenduri kawin lagi, tp kat penang je la. Then dorang anta aku aku kat stesen bas. So, thank you, Ita, Kamseks hehe..kalau selalu camni, tiap2 minggu pun aku sanggup g Penang. Jadi baby sitter Emir pun aku sanggup hahaha.
Seronok aku layan baby dia. Sbb baby dia coooooooooooooooooooomel sgt, dan baik sgt. Bkn jenis meragam or nangis x tentul pasal. Aku tepuk2 bantal sket, terus dia dtg kat aku, baring. Aiyo, baiknya. Tak penah jumpa baby camtu. Emir, nnti uncle ops, abg Jep dtg lagi ye! Bawak hadiah besaq2!
7 comments:
jep.. a very good narrated story.
i enjoy it!
ilang thursday blues aku nehh..
hahaha
god job ;)
uncle~ bila mau kawen?
apesal last skali tuh abg jep..
uncle jep la..
hahhaa aku pon nnk hadiah besaq2 gak..such an experiances..i like..
haha jepp..yokatta anda berpuas hati ngan layanan tuan rumah.mujurla kami tak yukkuri cam kat iwate dulu kan?
wey xkompius pon ko ngn ongjepong. huhu.
pakcik jepp sudey!
thursday blues tuh haha
abrak? wat? apa? x dgr ar...
haha paling awal 30 kot kekeke. kena ar kumpul harta dulu.
ala hazirah, ko nk hadiah gak ke? aku banje ko kat hasan dah le hahaha
ceh mia, aku pun x suh la ko mengompiuskan diri ko
iaka, thanx a lot
dh dpt habuan kat victoria station, kalau x puas ati lagi ngn tuan umah, x tau la nk ckp apa lagi hehe
yeah, seb baik ko x ulang perangai ko yg dulu. sejam lebih aku tunggu ko kat station. dh la sejuk. padahal station 10 min je dr umah. cet!
Post a Comment