Sunday, February 04, 2007

Andainya benar

Pada hari semalam, saya telah berkesempatan utk membaca satu majalah berbahasa jepun, yg agak femes di negara matahari terbit, sebagai sebuah (sebuah? senaskah?) majalah yg menejarui dunia fesyen lelaki.
Men's Non-no, yg dikenali sebagai men's lifestyle magazine ini bukan saja memfokuskan pembacanya kepada dunia fesyen, malah memberi informasi terkini mengenai dunia hiburan, adat dan budaya terkini, teknologi, pelancongan dan berbagai2 lagi. Saya pun tak mengerti apakah erti di sebalik tajuk majalah ini, Men's Non-no? Jangan lah lelaki lelaki? Jangan apa ye..?
Untuk tatapan semua, di bawah ialah muka depan majalah tersebut.

Edisi Januari 2007, iaitu edisi pertama utk tahun ini, di mana, penghias muka depan tak lain dan tak bukan iaitu Kimura Takuya, atau lebih dikenali sebagai "Kimutaku". Yang membuatkan saya hairan ialah, mengapakah hanya dia yg membolot penghias muka depan majalah. Walaupun telah pun berumur 34 tahun, dan bakal mencecah 35 tahun, namun, dia masih laku seperti teppanyaki panas. Dalam satu tahun, beberapa kali muka dia je dok terpampang di depan majalah. Bukan lah saya jeles kerana muka saya tak terpilih, tetapi, tidak ada lelaki kacak lain kah di jepun itu?
Saya tinggalkan misteri itu utk diungkai oleh pembaca2 sendiri. Selain tertarik dengan fesyen2 terbaru dan terkini, apa yg menarik minat saya ialah, satu topik yang memenuhi satu muka surat penuh di salah satu bahagian dalam majalah tersebut, berbunyi begini:

"Watashi tachi, konna koto ni moe moe de~su!"

Selepas ditranslasikan, ia membawa maksud Kami "tidak tahan" dgn benda2 sebegini. Ye, yg sebenarnya, satu kajian telah dijalankan kepada perempuan2 negara matahari terbit ini, utk mengenalpasi, lelaki bagaimanakah yg menjadi pilihan mereka. Berikut ialah jenis lelaki yang menduduki tempat ke-5 teratas, yg mampu membuatkan perempuan2 ini "moe moe~". Ops, sebelum itu, sila la jgn berfikir yg bukan2 atau melemparkan kata nista dan dusta kepada saya. Seperti yang saya jelaskan tadi, ini ialah majalah fesyen, bkn nye sebuah majalah rapu.

Tempat Ke-5 : Tabako wo suu shigusa (Gaya lelaki merokok)
Dipercayai, perempuan2 jepun tidak suka lelaki yang merokok, atau, mereka tidak suka dgn bau rokok. Tetapi, mereka menyatakan, mereka sendiri pun tidak tahu mengapa mereka suka lihat gaya merokok seseorang lelaki. Bermula dari mereka menyalakan punca api (lighter atau mancis), gaya memegang rokok, serta gaya menyembur asap. Aneh bukan?
Adakah anda seorang lelaki yang merokok? Jika ya, 20% anda ada can dgn perempuan2 jepun. Jika tidak? tidak mengapa, kerana sebatang rokok memendekkan 6 minit hayat seseorg. Saya percaya, lebih ramai perempuan2 melayu yang menggemari lelaki yang tidak merokok.

Tempat Ke-4 : Su-tsu & nekutai (Suit & necktie)
Perempuan2 jepun sangat menggilai lelaki2 yang segak, bergaya dengan "kot" dan tali leher. Bagi mereka, golongan ini nampak lebih 'lelaki' dan 'berwang'.
Jadi, adakah anda seorang berjawatan tinggi, memakai pakai kemas kot dan tali leher serta merokok? Jika ya, ini menaikkan peluang anda utk memiliki perempuan2 jepun idaman anda sebanyak 40%. Jika tidak? Usah risau, pakai baju melayu dgn songkok pun dh cukup hensem. Ramai perempuan melayu yang lebih suka kepada jenis 'lelaki melayu terakhir'.

Tempat Ke-3 : Hikishimatta kojiri (Punggung kecil, mantap dan padat (saya memohon maaf jika translasi saya ini agak keterlaluan)
Hm, saya sendiri pun tidak mengerti mengapakah perempuan2 jepun ini lebih cenderung kepada (di sini saya gantikan dgn perkataan tooot) lelaki yg mempunya tooot yg lebih kecil, tetapi mantap dan padat. Saya memetik kata2 mereka "Kami sangat suka melihat lelaki yang kurus atau tidak terlalu besar, dengan potongan paha (hipline) yang seksi, walaupun ber otot tetapi mempunyai tooot yang kecil dan mantap. (saya sendiri tidak dapat menggambarkan bagaimana kah lelaki yg dimaksudkan mereka, ber otot tetapi ber tooot kecil).
Ya, jika anda seorang yg merokok, berpakaian seperti eksekutif berjaya dan ber tooot kecil, tahniah diucapkan kerana telah kebarangkalian anda utk memikat hati perempuan2 jepun telah melebih separuh, 60%! Tetapi jangan gusar jika anda tidak ber tooot kecil, kerana saya pasti, perempuan2 di malaysia tidak heran pun dgn size tooot anda. Hati mau baik, butul?

Tempat Ke-2 : Otoko no hito no nioi (Bau orang lelaki)
Mungkin di sini saya merasakan agak 'fetish' sedikit, tetapi itulah kenyataan. Mereka menyatakan, lelaki2 ada bau yg membuatkan mereka "moe~". Terutama, apabila lelaki2 yang pulang dari kerja, tidak mandi, dan terus tidur. Mereka suka kan bau lelaki itu apabila waktu pagi (hehehe..adei x tahan nk gelak tgk pompuan jepun ni).
Jadi, adakah anda tidak suka mandi, suka merokok, tetapi berpakai kemas dan tooot anda kecil? Tahniah! 80% peluang anda mengorat perempuan jepun. Risau? terlalu suka mandi? usah risau, saya pasti, perempuan2 di malaysia suka org yg mandi. jangan merasa takut utk mandi, kerana anda pasti akan disayangi oleh ibu mertua anda.

Tempat Pertama : Takumashii ude (Lelaki yang ber muscle di lengan)
Dinyatakan dalam majalah tersebut, mereka sgt suka kan lelaki yang lengan nya besar, ber otot atau ber muscle. Selepas di cakap pindah "Kami tidak tahan melihat urat2 yg timbul pada tangan dan lengan lelaki yang berotot, membuatkan kami moe~". Terutama semasa bekerja dan mengangkat barang2.
Adakah anda mempunyai kelima2 ciri di atas? Jika ya, sila la ke jepun cepat2 dan for sure anda ada can dgn perempuan2 berbangsa jepun. Jika tidak? Jangan risau, saya yakin ramai perempuan2 melayu yang tak pandang langsung lengan anda dan size tooot anda. tapi saya percaya, berpakaian kemas, tidak merokok dan sll mandi adalah yang terbaik.
Sekian, sekadar ingin berkongsi pendapat...

2 comments:

Anonymous said...

takuya kimura skali tgk cam anuar zain..no way!

emma said...

ohayo gozaimasu,,,watashiwa emma desu,,,blog to kirei desu ne,,,,hajimemashite,,,douzo yoroshiku,,,jaa mata...