Saturday, June 30, 2007

Geramnye!!!

Siri 1
Ye! Mmg geram!! Mmg hangen! Arrghh! Rs nk telan sumer kerusi meja kat opis ni! Er..tp bkn geram kat org opis la. Geram kat pak arab ni. Pak arab mana plak? Bliau ialah osmet baru aku, yg baru masuk around 2 bulan lepas. Mari berkenalan dgn pak arab.

Nama: forgot
Umur: x penah tanya sbb for sure muda dari aku
Warna kulit:sawo matang
Rambut: pjg wavy

First time aku tgk muka dia, aku ingt melayu, sbb rupa ala2 mat rempit yg rosak akhlak. Kaler kulit cam melayu. Tp ntah camne, ms aku salam ngn dia, aku ter speaking:

Aku: Where are u from?
Pak Arab: I am from Saudi Arabia

Lor…mamat padang pasir ka.. Ok, first one month xde problem apa2. tp makin lama aku terperasan, mineral port 14L yg aku bawak, yg aku letak kat dapur umah aku tu dok kering je. Aku mmg dh sumpah seranah, berkumat kamit mulut ku membebelkan najis mughallazah. Minum pandai, refill x pandai. Ingt aku kuli bapak korang ke wei! B4 pak arab ni masuk, air tu x penah kering pun, budak2 lain sumer ok je refill balik. Tp since dia masuk ni, lain mcm je.
Tp xpe, aku malas nk tuduh, aku ngn baik hati nye menjadi kuli bapak dia, refill balik mineral port tu.
Second thing, yg aku rs nk bom bilik dia ialah, dia sll terkunci bilik air dr dalam!!! Tidakkah itu merupakan satu kebodohan yg nyata? Aku bkn nk tuduh melulu, tp sbb mmg jadi dpn mata aku. Actually bilik air umah aku ada 2. tp aku dh letak toiletries aku dlm bilik air yg satu ni. Ada skali, aku balik mayang jumaat, aku nk mandi jap b4 g opis balik. Then lama giler org dlm bilik air tu x keluar2. Aku tunggu je la, then aku dgr bunyi pintu dibukak. Aku terus ar kuar bilik nk g bilik air sbb takut org lain masuk bilik air tu. Then aku nampak this pak arab baru kuar. Bila aku nk pulas tombol damn! Locked!! Arrghh! Punya lama tunggu nk mandi tp x dpt mandi. Maka saya terpaksa la gi bilik air lagi satu tu, menggunakan toiletries org lain sesuka hati mak bapak saya.
Yg si’ot nye lagi, lepas dr kejadian pertama tu, ada 2,3 kali lagi pintu tu terkunci dari dalam. Bodo btul la! Time aku nk rush je kena la camtu. Pastu aku xtau la sapa yg bukak balik and how. And the best part is, aku baru balik opis 1 petang tu. Tgk2 geng2 padang pasir tgh berkumpul 2,3 org dpn bilik dia. Seko unta bonggol 1, seko lagi unta bonggol 2, ngn 2,3 batang pokok kaktus tgh godek2 pintu dia guna card ahaha…padan muka, sah kunci tertinggal kat dlm. Hati beta melonjak kegembiraan seperti ribena berry wwhuu!!!

Siri 2
Mmg pantang datuk nenek aku dr keturunan ketujuh! Klu tgh ckp, org potong ckp aku. Rs nk siat2 je mulut, potong lidah, campak kat hyena bg mkn. Well, actually dh lama aku geram kat cina ni. Cina bukit versi lelaki kot. Dia ni trainee kat opis aku from UM. Dia 2 bulan je kat sini, x lama dh nk abis pun. Duduk membelakangi aku, cubicle yg sama. Dia ok, sll tolong aku, mmg x penah timbulkan masalah apa2 pun.
TAPI yg aku rs nk sepak muka tu bagi senget 13 darjah sbb sll potong ckp aku. Task dia kena buat testing. Tp klu testing xde, dia mmg kena tolong aku. Part tu aku appreciate ar sbb keje aku agak bnyk + tough. Tp bila ada benda dia x paham, dia tanya aku, aku baru nk explain, dia dh potong. Oi oi!! Pastu mula la tanya aku bnyk kali benda yg sama sbb td aku dh explain dia xnak dgr. Lama2 aku pun naik hangen, kalau dia tgh potong ckp aku, aku xmo kalah, dok nak berckp jugak. Tu dia, dia pun xmo kalah. Senget2 mulut dia meninggikan desibel suara sbb nk suh aku dgr ckp dia gak. Argh bongeknye!! Dh bnyk kali gak sbb aku tension punya pasal, bila dia potong ckp aku, aku berckp jugak cam org giler sbb aku tau dia x dgr. Dia abis berckp, aku pun abis, then aku terus balik kat seat aku. Lantak ar, asalkan puas sbb aku dpt berckp haha. Sama2 la bongek. Yang penting kepuasan~!
Ada skali, dia tanya aku lagi. Aku nk explain, dia pun dh senget mulut nk berckp. Aku terus tengking, “Dgr la I ckp dulu!” Sengeh2 kerang dia kena tengking ngn aku.

Konklusi:
Pantang datuk nenek aku dari keturunan ketujuh:
1. JGN potong ckp aku time aku tgh berckp
2. TAK SUKA kena tunggu org. (shortly, antara yg aku ingt. Masa zaman aku kat UM, tunggu mmbr pompuan aku sbb dia nk ikut aku g cc. Sejam aku tunggu dia dlm kancil, baru dia hegeh2 nk dtg. Reason? Cari contact lense dlm bilik, which, at last jumpa bawah tapak kaki!!! Oi oi!! Kebodohan yg nyata!! p/s : zaman tu miskin, xde henfon lagi)
3. TAK SUKA org mungkir janji
4. TAK SUKA org yg xde common sense

Sunday, June 24, 2007

Budaya Lepak

Presentation aku last Tue berjln lancar. Aku sangat2 bersokor sbb SV aku takde. Dia g jpn buat kali ke2 since aku intern kat sini. Dia tu mmg bz ar. Maka, dgn itu CS yg mikro-comel telah menggantikan SV aku yg mega-un-frenly tu haha. Lepas lecturer aku chiow, aku pun g korek2 kat CS sket. Dia kata, "dont worry, i gave you good marks" haha...caya la CS. I lap you la cam ni.
Presentation dh abis, baru la aku bole bernafas sebelah idung. Nk tunggu intern lak abis, baru bole bernafas dua2 lubang idung. Sesak napas btul. Since last week aku dh memulakan sesi membalas dendam. Apa lagi, tido~ je keje. Pantang letak kepala mesti lelap punya. Lagipun sepanjang bulan June ni aku rs dh lama giler aku x kuar weekend. Maka, semalam (Sat) aku kuar dgn Akira. Akira?! Haha bkn mamat jepun. Actually kawan aku sorang ni dia fanatic jpn. Bkn tahap mega dah ni, Tera-fanatic dh ni. Sampai dia perasan sgt nk jd org jpn, dia nk nama jepun. So, aku suruh dia masuk kat sini:


Dpt la dia nama Akira. Suka beno la dia. Since dia dpt nama ni, dia x bg dh teman panggil dia ngn nama sebeno. Lantok kamu le Akira, asalkan kamu bahagie. So ada sapa2 lagi yg perasan or nk test japanese name dia apa, sile kan.
Semlm kitaorg g lepak library jpn kat Jln Ampang. Huhu giler ar. Contohi la kami remaja yg berwawasan. Tak melepak dan berpeleseran di pusat2 membeli belah, tapi melepak di perpustakaan huhu. Anyway, mmber aku ni plan nk amik exam jpn JLPT Level 4. So aku ajar la dia sket2 nihongo, setakat yg aku mampu. Er..Akira, nnti blanje aku mkn sushi! Kering tekak aku mengajo ko semlm haha. Anyway, ganbatte ne!
And then kitaorg g KLCC. Pergh dh lama giler tak g klcc. Dh ar tgh sale. Dem, aku hanya mampu membeli belah tetingkap sahaja. Er..yg paling aku tak suka, tgh diner kat Burger King, terdgr satu sore yg memanggil2 ku dari luar. "Jep~!"
Belum sempat aku nk cari kelibat manusia yg panggil aku tu, sekujur tubuh manusia telah pun berdiri 15cm dari ujung idung ku. Huwaa!! Mr. Y!! Member lama lagi~ tidak~!! Hurm dh lama tak jumpa mamat ni, dh lebih 5 tahun for sure. Classmate aku masa kat UM dulu. Tak sukeee nye aku, makin nk lari, makin ramai yg terjumpa, makin ramai yg mengejar. Dh ar age factor ni tak larat ar nk lari2 lagi. Hurm, then Mr. Y blah, 15 min camtu dia dtg lagi, mintak no fon lak~! Aargh! Maka aku terpaksa~!

Ya, sila lihat attachment di atas. Aku ada dgr cter, since aku post entry pasal hiperhidrosis, ada yg complain, laptop dorang 'karat' sbb peluh kat tgn. Ni, pakcik ada petua sket utk mengelakkan camne laptop drpd berkarat.

Langkah2 nye:
1. Pergi ke kdai computer
(caution: make sure bawak duit ar)
2. Bukak mulut, keluarkan suara, beli mousepad yg murah, biasanya benda ni RM2,3 je.
3. Bayar
4. Balik umah, potong pada 4 bahagian. Bentuk? mengikut citarasa sendiri, secukup rasa
5. Hiaskan di bahagian kiri dan kanan touchpad komputer riba anda.


Aksesori tambahan
1. Sile lihat attachment di atas.
2. Tampalkan, er..apa nama benda tu eh? yg sll org letak kat dashboard dlm keta tu, di bawah permukaan mousepad, utk mengelakkan mousepad tu licin or lari. So anda x perlu la nk main kejar2 kalau mousepad tu lari.

Maka, siap lah, Wrist Pad, yg pertama seumpamanya di dunia, lengkap dgn dwifungsi sweat absorber, spesel utk org hiperhidrosis, hahaha. Tp mmg berkesan. Peluh anda akan diserap dan komputer riba anda tidak akan kotor lagi. Faedah lain? Oo ada. Selain kos yg murah, in terms of HSE (Health, Safety & Environment), tangan anda tidak akan kejang kerana mengurangkan tekanan pada pergelangan tangan anda. Selamat mencuba!

p/s : td ReV pm aku kat gtalk. atuk dia meninggal. Al-Fatihah

Monday, June 18, 2007

Weekend Santai

Last Sat mak aku, abg aku, akak ipar aku dtg kl. So on fri nite, aku merempit manja to Shah Alam, ala2 reunion family lak kat umah akak aku. Except ayah aku, dia je x dtg sbb dia mmg x suka jln2 ni. Even aku ada presentation on Tue, tp disebabkan slide aku yg dh hampir siap, aku menyantaikan diri di shah alam.
Tp mmg dh agak dah, xleh wat keje punya. Dh ramai2 tu, ngn anak buah aku lagi. Yg pompuan tu darjah 4, yg laki tu darjah 1, kecoh ajak aku main ni main tu. Aku ni dh la age factor, semput gak ar nk melayan anak buah haha...xpe xpe, leh rehearsal utk anak sendiri nnti wahahaha..killer statement of the year~.
Jumaat mlm tu kitaorg berkumpul dlm 1 bilik, tgk cter indon "Kuntilanak". hm ok la, aku pun dh lama x tgk cter2 seram gini. tp mmg horror ar umah dia tu. giler btul, bkn umah dh tu. dh la dkt ngn kawasan kubur, gloomy ngn pokok2 besar, mmg nampak haunted giler. Tp cam bes je lagu "Mongkujiwo" yg dia nyanyi tu. Abg ipar aku siap ckp, nk cari lagu tu, nk buat ring tone haha giler btul.

Then, saturday siang tu br aku ada kesempatan nk habiskan slide presentation aku, touchup2 sket. Yg bes nye, umah akak aku, dia ada wat 'pondok kayu' (wakaf) kat tepi umah dia. So aku bawak laptop aku kat pondok tu, wat keje. Tak lama pastu lak, ujan. waa bes giler. Sejuk hujan + angin, bunyi air kolam ikan = rs cam dok kat resort! Pastu aku paksa akak aku buat nescafe panas sugarless + whipped cream kat atas dia. Waduh2...mmg terasa seperti berada di sorga dunia~. Rasa santai giler. dh lama aku teringin nk rilex camni. And at last, dpt gak aku setelkan slide aku sumer on sat siang tu.
Sabtu mlm tu, kitaorg berkumpul lg, tgk cter "Jangan Pandang Belakang" lak haha. org lain dh berkurun tgk cter tu, aku br nk tgk. Biasa ar, movie2 ni mmg aku selo sket. Komen? 1st half ada la part2 yg membuatkan aku sakit jantung bila part 'hant' tu dok buat special appearance. Tp 2nd half aku bnyk gelak sbb tgk nenek dia tu. lawak giler makcik tu berlakon. especially masa dia jatuh tangga tu, then dia ckp, 'kawan yg tolak' haha...x dpt terima btul...
Lagi satu, part yg best bg aku, bila tok imam tu tanya "Siapa engkau?" Nenek tu jawab "Bapak engkau!" Nk pecah perut gelak...
Tp not bad gak ar cter ni. Antara cter seram yg bes gak bagi aku.

Tuesday, June 12, 2007

Hiperhidrosis..?!

Pada hari ini, saya berhasrat utk mengulas satu keratan akbar, yg saya baca dari internet

http://www.utusan.com.my

Ye, selepas aku membaca berita ni, aku tersenyum manja sendirian, kerana ‘penyakit misteri’ aku ni at last sudah ada penawarnya.

Hiperhidrosis - masalah peluh berlebihan yang boleh menyerang semua peringkat usia dan jantina tetapi lebih kerap berlaku pada golongan berusia antara 25 dan 50 tahun.
--> Tapi aku ada penyakit ni since aku kecik lagi

Punca penyakit ini masih samar tetapi separuh daripadanya mungkin melibatkan faktor genetik manakala selebihnya akibat kesan sampingan penyakit lain seperti hipertiroid dan kencing manis.
--> Ya, mmg genetik. sbb abg aku pun ada penyakit ni jugak haha..

Masih ramai yang tidak mengetahui masalah tersebut boleh dirawat melalui pembedahan kecil dan IJN mempunyai kepakaran untuk melakukan pembedahan tersebut.
--> Ya, dh 27 tahun idup, 1st time aku dgr ada rawatan penyakit ni. Dulu2 penah tanya doc, dh bnyk kali, doc ckp penyakit ni mm xde ubat nye

Masalah tersebut dapat dirawat dengan pembedahan memotong saraf simpatetik pesakit yang akan menghalang rangsangan berlebihan kepada kelenjar peluh di tangan dan kaki. Pembedahan itu mudah dan cepat, malah pesakit boleh pulang selepas 24 jam dibedah.
--> Hurm, kagum2...

Ya, mmg aku mengidap penyakit pelik ini, iaitu berpeluh di tapak tgn dan kaki. Sapa2 yg pernah bersalam ngn aku, maybe ter perasan kot yg tgn aku basah. Mesti sapa2 yg salam ngn aku tu, ingt aku ni neves kot, berdebar2 sbb dpt salam ngn dia ke haha! Xde makna aku nk neves!
Yang aku tak tahan, even dok dlm aircond, kat opis pun tgn aku sentiasa lembab. Cuma dlm masa2 yg tertentu, tapak tgn aku akan kering. Aku pun xtau ar apa faktor2 yg bole dia jadik kering. The point is, tapak tgn and kaki aku, akan kering or berpeluh sesuka hati dia.
Since aku kecik, sampai la umur aku dh meningkat ‘remaja’ skrg ni, masalah ni still ada. Dulu2 klu aku demam, aku gi klinik, mmg aku penah tanya kat doc tu, xde ubat ke utk peluh tapak tgn ni. Doc tu ckp, penyakit ni mmg pelik, and xde ubat. Huh, penyakit pelik eh, sesuai la utk org pelik cam aku kot.
Mengimbas kenangan masa aku kecik2, time sekolah rendah, aku mewajibkan diri aku, membalut sumer buku2 latihan aku ngn plastik. Klu x, kembang la kulit buku tu jawabnye haha. Lawak btul. And klu beli barang2 yg berasaskan kertas, org kdai tu x bg plastic bag. For sure, kembang la benda yg aku beli tu bila sampai umah.
Sometimes aku ngn abg aku, kitaorg buat ‘pertandingan’, sapa yg berpeluh lagi bnyk. Or, time tangan kitaorg x berpeluh, masing2 menunjuk tgn dgn penuh bangga sbb bila tgn x berpeluh tu cam merupakan satu kebanggaan haha. Mmg kekadang malu gak nk salam ngn org. Even try nk lap kat seluar or baju b4 salam ngn org, tp, still peluh bkn cam air biasa. Klu air, bila lap kering gak. Klu peluh, lap camne pun, lekit2 peluh tu still ada, rite? And paling x bes, klu org tegur, kenapa tgn basah?

Konklusi:
1. Jgn meminggirkan orang2 yg seperti kami
2. Berpeluh itu sihat kerana membuang hasil perkumuhan dari badan.
3. Jgn la lepas ni xde org mau salam ngn aku lagi huhu
4. Tunggu ar, dh keje nnti. Klu ada duit extra, bole ar aku g buat operation ni

Sunday, June 10, 2007

Jejak Qaseh

Semlm aku g kenduri kawin si Kamal kat Kg. Melayu, Subang. Mula2 nk g sorang, pinjam kancil akak aku, tp bila tgk map cam x familiar. Akak aku pun mula2 takmo g, sbb dia kata anak buah aku 2 org tu ‘fobia’ g kenduri kawin. Panas + pening dgr bunyi kompang. Oo budak2 ni ada penyakit kendrofobia kot, iaitu ketakutan akan kenduri kawin. Bnyk la auta budak2 ni.Tp lama2 aku pujuk baru dorang nk ikut. Meriah gak, Kamal ensem je pakai baju ijau huhu. Er..bini dia lawa ar. Patut ar ko x saba2 nk kawin Kamal! Klu dh org klate tu, mmg putih2 ar.
Yeah, aku belikan dia hadiah lampu tdo. Aku harap lampu tu x ‘pecah’. Sbb, last Thursday aku g potong rambut kat alamanda, then beli hadiah tu skali. Mula2 aku tgk comel je lampu tu, beli je ar. 20% discount lak tu. Tp x teringt lak yg kon lampu tu beso. Bila promoter tu bawak kotak, mak oi, besar banget jadik nye. Apa lagi, mlm tu aku jd bangli jual kain. Sarat keta aku yg x berbumbung tu. Lenguh aku dok mengengkang dari alamanda balik cyberjaya atas moto. Dh ar meter mnyk pun x nampak. Main press je. Er, nk dijadikan cter, lesen motor aku lak dh mati huhu...selambe je ar. Malas ar nk idupkan, duit pun xde. Lagipun sebulan je lagi kat cyber, then x guna moto dah.
Tu 1 cter. Fri night tu lak, lagi skali aku mengengkang dari cyberjaya to shah alam plak huhu. Mmg lampu tdo tu dok ber thaipusam dlm kotak tu. Harap2 ok x pecah. Tp, next morning on Sun, Kamal sms aku, ckp tq. Dia kata hadiah aku yg paling best huhu. Xtau ar btul ke x, tp yg penting, lampu tu cam selamat, sihat walafiat la kot + dia appreciate.
Hurm, masa kat kenduri tu, aku dh abis mkn, then lepak2 jap. So ingt nk g jumpa Kamal jap, salam2. Baru je aku nk bgn dr meja tu, aku ternampak seorg kelibat mmbr lama aku. Classmate aku masa form4, form5, merangkap one of my best friends aku gak ar, di zaman hingusan aku. Cuma, atas sebab2 tertentu (sebab2 peribadi), aku sentiasa melarikan diri, bkn dari dia je, tp dari sumer kawan2 aku yg lama. Aku rs aku dh x contact ngn mmbr2 yg aku kenal between 1993-2004. Isk lama gak tu. Dlm masa 10 tahun, bkn sorang dua kawan baru aku. Reason? Bukan sbb dorang x suka aku, or dorang create prob dat make me lari sini sana + mendiamkan diri. Tp ada la, a few reasons, yg aku rs hanya Girlfriday sorang je yg tau nape.
Ada jugak some of them yg call umah aku kat kuantan, tanya no fon aku kat mak aku. Ada gak yg add aku kat msn, tp aku buat dek je haha. Accept tp block haha. Adei, jahatnye aku. Xpe, aku yakin, sumer org ada rahsia masa silam masing2. Anyway, berbalik kepada topic, bila aku nampak mmbr aku sorang ni, aku terus duduk balik. Buat2 cover muka (giler drama abis!). Then jeling2 sket, tgk dia dh blah ke belum. Bila aku dh nampak dia jln ke depan sket, aku pun bgn ar. Tiba2 dia patah ke blakang. Dem! Aku terus duduk balik. Then ada org tegur aku dr blakang.

Mr. X : Jep kan? (sambil menghulurkan tgn)
Aku : (senyum + buat2 terkejut + muka hipokrit, terus salam ngn dia) Camne ko leh nampak aku?
Mr. X : Jep, aku dh kawan ngn ko lebih 5 tahun. Xkan aku leh lupa camne rupa ko. Aku dh nampak ko td, tp takut salah org.
Aku: (gelak2 manja) Ko apa khabar?
Mr. X: Aku sihat. Meh no fon ko. Aku tumpang org ni, aku nk cepat.

Xkan aku nk bg no tipu lak kan? So lepas aku balik umah, dia sms aku. Dia ckp, bila2 free sms or call la dia. Bnyk benda dia nk borak. Hurm, bagus btul kwn2 aku ni. Makin aku nk lari, makin aku jauhkan diri, makin ramai lak yg cari aku. Cuma yg aku terharu ngn dia ni, every yr, tak penah miss wish bday aku. Rs bersalah pun ada, tp nk wat camne. Aku ada reason tersendiri. And aku dgr cter, dia dh jadi one of the managers kat menara rebung tu.
Masa aku g penang aritu pun, mmbr aku si Ita tu ckp kat aku. Mamat ni mintak contact no aku. Tp aku dh warn Ita, jgn bg kat sapa2 haha. Perasan celebrity la plak. Mamat ni pun ada ckp kat Ita, dia every yr wish bday aku, tp sekali haram pun aku xde reply (-_-) sori sgt2 la Mr. X.
Insya Allah, masanya akan tiba. Aku akan cari balik kwn2 lama aku, tp bkn sekrg.

Monday, June 04, 2007

So fast meh?

Sure sekrg ni sumer org tgh hegeh2 bertungkus lumus, sbb lecturer nk dtg. Aku? Hegeh2 gak ar. Weekly report? Arr…sekrg week 27 rasanya tp aku baru buat sampai week 13. Huhu, dengan penuh bangga aku mewarwarkan ke seluruh alam. Presentation slide? Um…ada la dkt 60% dh siap. Tu je la yg bole dibanggakan sket. Lecturer aku akan dtg on the June 19. Tu pun lepas aku dh push2 sket Mr. Affendy tu. Ada ka, dia call aku, ckp lecturer dtg on 17th. Ahad tu! Ingt cyberjaya ni ibu negeri kelantan ke?
Dh tu, aku call sejuta kali + nk dkt abis cdt (sbb machine bongek tu yg jawab) bru dpt get tru. Dia kata nk bgtau latest date. Ya ampuuunnn, dh seminggu dok diam, dok nganga tang tu jugak.
Tapi, diam tak diam, internship aku oredi almost di penghujung nya. Sedey? Hurm, sedey gak ar. Tp bkn sedey sbb intership dh nk abis. Sedey sbb 8 bulan ni, tak dimanfaatkan dgn baik uhuk uhuk. Aku bnyk pk lately, flashback, apa yg aku dh buat selama 8 bulan ni, selain dok ulang alik merempit g opis. Adei, ‘to do list’ punya la bnyk. Macam bagus tulis itu ini. Tp yg berjaya direalisasikan hanyalah sekelumit cuma. Banyak lagi tak sempat nk buat tp internship pun tinggal sebulan je lagi. Tu yg rasa frust nk nonggeng2 guling2 cam Shin Chan tu (tp versi menutup aurat ar). Arr, to do list aku? Huhu..xleh ar diwarwarkan di sini, malu~. Tp bnyk ar nk buat. Dulu aku rasa 8 months intern ni cam lama giler. Rupanya kelip mata, x sempat bukak balik dh nk abis dh pun.
Hurm, yeah,
1. Congratulation to Kamal, dh pun melangsungkan perkahwinan on the 2nd June ngn org klate. June 9 ni, Insya Allah aku g belah dia lak, kat Subang. Nk bawak hadiah apa eh? And tq Kamal sbb blanje aku lunch last week huhu. Duit orang bujang mu yg terakhir.
2. Congratulation to Nad, semlm dia bertunang ngn Pejol
(p/s : ramainye org kawin ngn bertunang lately. Member2 lama aku pun ramai yg baru dpt anak ke2 dan ke3, ada sorang tu br dpt anak kembar last week. Er...inhale exhale...sabo2, tak tergugat)
3. Last Sat, blanje mmbr aku. 3 org, mkn ns grg ayam kat mamak yg x reti ckp melayu tu. Ns grg ayam tiga + air => 21 hengget! Isk nk kena report kat Karam Singh Walia ni. Tak pun, mamak tu x paham aku order apa, dia pi tulis bill utk chicken chop kot. Er, tak pun, ayam cyber la katakan. Sure ayam2 ni dh pandai programming. Java ke. tu sebab mahal kot. Dem!
4. Er..2 minggu dr sekrg (lepas presentation ngn lecturer), kena blanje Mohsin (janji lama) sbb dia tolong aku p tukaq tayaq gheta takdak bumbung aku (my beloved EX5 roofless car). Dh niat nk blanje mkn, tp xde kesempatan lagi. Er…dn jugak kena blanje Hazirah, dia pun dh menuntut sejuta kali nih. Sbb dulu2 dia tolong aku bawak p Alamanda. Pi beli kerusi utk meja pc aku huhu. Sakit pinggang + bumper pakcik masa tu, main laptop dok gulin2 atas lantai je. Ar, ada sapa2 lagi ke aku penah janji nk blanje? Rasanya dah takde dh kot. Yosh, 2 org ni je.
5. Save the best for the last. Yeah! Yang paling bes nye, time lecturer aku dtg nnti, sv aku tadek~. Suuuuka sgt aku~! So, sv aku yg x frenly tu akan digantikan oleh cina suruhan yg comel. Huhu~ I lap u la cs! Dh ar masa 1st visit dulu, sv aku tadek gak (biasa ar org besar dlm company. tak reti dok diam). Bila lect tanya pasal aku, cs puji habis2 an. Mmg luluhawa ar bumper aku dok kembang kuncup. TQ cs! So, hope 2nd visit ni berjalan lancar! 2nd visit ni pun jgn lupa puji aku bnyk2 lagi eh? haha..