Walaubagaimanapun, terima kasih kepada kerajaan malaysia, sbb rasanya sepanjang intern dh 6 bulan ni, bnyk btul public holidays + cuti yg sama amik sendiri + mc + ponteng. Wah terasa dunia ini saya yg punya~. Tetapi cuma arini je, nampaknya company saya begitu berani melawan daulat yg dipertuan agong kerana tidak cuti sempena pertabalan baginda. Tak takut kena tulah raja kot? Oleh itu, saya mengambil cuti pada hari isnin, dan akan balik ke kampung halaman, tempat tumpahnye darah saya, iaitu di Kuantan pada malam esok, sehingga la ke hari Rabu. Oh, sungguh girang hati saya, tidak terperi!
Anyway, ini mungkin entry terakhir sebelum saya pulang ke kampung. Maklum la, org kampung. Tiada perkhidmatan jalur lebar di rumah saya, cuma saya rasa saya akan makin melebar, lagi lebar dari jalur lebar, menternak badan kerana sudah pasti makanan di kampung enak2 untuk diisi ke dalam ruang 3 dimensi perut saya. Aaa, begini lah saya, jikalau penat, sudah pasti otak pusing, lalu saya akan menjadi seorg yg begitu sopan dan susila seperti ini.
Amaran: Aku rs entry ni akan jd panjang gler. Cam bnyk modal je nk cter.
Actually, aku terpanggil utk mengupas lebih lanjut, entry seorg rakan seperjuangan:
Entry dr blog Abrak, bertarikh April 23. Sory la Abrak, sbb re-publish entry kamu and x leh nk tinggal comment kat situ sbb nnti pjg gler. Anyway, aku bukan nk komen pasal pakcik/makcik yg jaga kaunter tiket ni, sbb aku pun x kenal dia. So xleh ar nk komen nape dia nk tengking2 org yg beli tiket lak kan? Kot2 la aritu dia senggugut ke, gaduh laki bini b4 g kerja ke.
Just wanna share my experience.
Sorry la, it’s all about the Japanese thingy again. Bkn nye aku fanatik sgt ngn bangsa2 mata x terbukak ni, tp the the fact is this is the only best example that I have. Aku x deny, ada jugak some malaysian, (specifically, melayu) yg jenis ckp elok2, manner bagus ar. Tp aku dare to say, percentage tu sikit or mostly x sampai lagi pada 1 tahap yg bole dibanggakan.
(bukan sebgai seorg pakar dlm culture) Personally, maybe one of the big reasons that make the difference antara manner japanese people ngn manner org melayu is the language. Lagi tepat kalau aku ckp culture la. Tp from my own personal view, aku nk try kaitkan yg the language that creates this culture. For intro, aku nk tunjuk perbezaan dan persamaan antara BM ngn bahse jepun.
Dalam BM kita ada:
1. Bahasa Pasar (daily speaking language)
Digunakan secara meluas, x kira jantina, umur, bangsa dan pangkat
2. Bahasa Rosak (bahasa & perkataan pelik2 yg dicipta oleh xtau siapa, tp berkembang pesat)
Yakni, perkataan yg xde dlm kamus dewan. Rasanya golongan “moda” yg cipta perkataan2 ni dan menjadi ikutan semua, 1 negara pulak tu. Ataupun student2 yg penah blaja di asrama penuh, rasanya setiap sekolah asrama ni dorang ada term2 yg dorang guna sesama dorang. So bila dh keluar sekolah pun dorang still guna lagi term2 tu lalu tersebar la bila berjumpa ngn mmbr2 baru.
Contoh bahasa rosak : poyo, sumer
3. Bahasa SMS (shortform)
Ni pun antara writing language yg digunakan secara meluas. Antara sbb2 nya, nk jimat credit, malas nk type pjg2.
4. Bahasa Rojak (mix language)
Biasanya mix BM ngn BI la, or BM ngn Chinese ke, xpenah lagi aku dgr org borak2 mix BM ngn Japanese or something.
5. Bahasa Loghat
Sesetgh negeri kat mesia, begitu taksub ngn loghat tpt sendiri, sampai dh keluar dr tpt sendiri pun still nk guna loghat jugak.
6. Bahasa Formal (menepati grammar, spelling dan tanda baca yg standard)
Langsung x digunakan secara meluas. Drpd nama nye sendiri, FORMAL, spatutnya digunakan dlm majlis2 formal, tp rs nya jarang. Org lagi suka guna English or bahasa pasar, sbb mudah difahami, lebih pendek, ada unsur2 kelakar dan bila bahasa tu x formal, nampak hubungan tu lebih erat/frenly.
Dalam Bahasa Jepun lak:
1. Bahasa Pasar
Same case ngn BM, digunakan secara meluas, TAPI bukan yg paling meluas DAN dorang tau batas2, bila sepatutnya guna, bila x sepatutnya guna.
2. Bahasa Rosak
Same case ngn BM. Ni pun, sama ngn Malaysia gak, perkataan pelik2 dicipta oleh remaja2 jepun, biasaya oleh budak2 high school, dan menjadi ikutan. Antara sbb2 nya, nk memendekkan perkataan yg panjang.
Contohnye : 20%, yg sepatutnya pronounce as “ni jyuu (20) pa-sento (as in ‘percent’)”, dipendekkan menjadi “ni jyuuppa”
3. Bahasa SMS
Yg ni lagi hebat. At least kat mesia, leh bc or leh guess shortform yg ntah apa2. Tp bahasa sms dorang, perkataan diganti ngn simbol or ‘smileys’. Ada sampai 1 tahap, mmg xleh nk bc tp hanya sekadar utk melihat dan buat pemahaman sendiri. Dh jadi tulisan purba la plak ek, guna simbol2 je. Contohnye:
Ni baru sket. Kalau full 1 page tu mau pening gak. Contoh di atas, perkataan "makan" diganti ngn simbol "sudu garpu", perkataan "waktu" diganti ngn simbol "jam" etc.
4. Bahasa Rojak
Ni mmg bnyk. Aku rs dlm mana2 language dlm dunia ni pun, ada perkataan pinjaman yg akhirnya dijadikan perkataan standard sesebuah negara.TAPI dlm bahasa jepun, bukan setakat meminjam perkataan, tp dipotong lak perkataan tu bg pendek. Suka2 dia je.
Contohnye: PERSOnal COMputer – sepatutnya pronounce as “pa-sonaru kompyu-ta” tp dipotong jadi “pa-so-kon”, dia amik part “perso” ngn “com” tu je. Camtu la kot klu negara maju, sumer nk cepat je, perkataan pun abis kena potong.
5. Bahasa Loghat
Same case in BM, kat jpn bnyk loghat ikut region. Tp ada 1 loghat, yg agak famous, kiranya sumer org bole paham la loghat tu, and boleh dikatakan menjadi satu kebanggaan lak, kalau org yg bkn berasal dari situ leh berckp guna loghat tu, iaitu loghat Kansai or loghat Osaka. Klu dlm mesia ni, sama taraf ngn loghat kelantan la kot, or loghat utara.
(perbezaan antara BM ngn bahse jepun start from this point)
6. Bahasa Formal
Berbeza ngn mesia, bahasa formal digunakan sama bnyk ngn bahasa pasar. Kerana, org jpn SANGAT menghormati antara 1 sama lain, dan HIERARCHY sgt penting dlm kehidupan dorang. So, depends on jantina, pangkat, umur dan situasi, most of them guna bahasa formal, even budak2 punk tepi jalan pun reti guna bahasa formal dgn btul.
7. Bahasa Super Sopan
Yg ni special sbb aku rs xde kat malaysia. Lebih tinggi dr tahap bahasa formal. Selain menggunakan bahasa standard, perkataan dan spelling yg btul, ayat2 yg digunakan dalam bahasa super sopan ni, berbeza dgn bahasa formal. Grammar nye ditukar sket, and certain words are completely different from normal speaking language.
Contohnye:
(Dalam bm) Awak nk g mana?
Bahasa pasar: Doko e iku no?
Bahasa formal: Doko e ikimasu ka?
Bahasa super sopan: Dochira e ikaremasu ka?
Biasanya bahasa super sopan akan jd lebih super duper panjang dr bahasa biasa. Mmg melilau gak kepala kalau ckp ngn org sopan2 ni. Tp biasanya bahasa ni digunakan:
1. Oleh org bawahan bila berckp ngn org atasan untuk tunjuk kita hormat kat dia
2. Bila org yg menjual brg/servis berckp kepada customer dorang
3. Bila seseorang berjumpa ngn org lain buat kali pertama (org yg still belum kenal lagi)
So, kalau g hotel, kedai2, department store, sumer org akan guna bahasa super sopan ni. Ter super panjang lak intro aku. Baru mukadimah tu, sekapur sireh.
Masa aku mula2 mintak part time job kat jpn dulu, aku prektis gler2 bahasa super sopan ni, which, bg org jpn sendiri bahasa ni dianggap susah. Dah la foreigner, klu tergagap2 kang susah gak nk dpt part time job. And dorang ada special kelas kat sekolah, utk blaja bahasa ni.
My point is, even kita xde bahasa super sopan dlm BM, and kita x guna sgt bahasa formal kita utk menghormati orang, itu adalah kerana mmg culture kita dh mcm tu. Tapi aku try imagine, kalau org kaunter tiket tu ckp cam ni,
Selamat datang ke kaunter tiket kami. Adakah apa-apa yg saya boleh bantu encik?
Aku rs x janggal kalau org welcome kita cam ni. Tp culture kita lebih pada senyuman dan berckp dgn lemah lembut, instead of formality in speech. X perlu ada tahap sampai bahasa formal dan bahasa super sopan utk menghormati pelanggan. Kalau nk ckp pasal topic culture mmg best. Rs terbukak sket biji mata sbb seronok tgk dlm dunia ni, as if, whoa camni punya culture pun ada.
Sedikit selingan, nk share experience aku. Aku mmg suka share2 ni sbb sharing is caring haha. Bg org jpn, customer ni cam King and Queen. Kena layan gler2. Kalau salah sket, or ada apa2 customer x puas ati, mmg dorang cuak gler, dok ckp sorry sampai sejuta kali. Pengalaman aku masa buat part time kat Convenience Store (Circle K), ala2 7-Eleven gak ar. Sempat setahun lebih rasanya keje situ. Alhamdulillah, baru first few months, aku dh naik pangkat hehe. Jadik ketua shift. 1 shift ada 3 org. But dat’s not the point la.
Beza nya convenience store sana ngn malaysia, selain ada jual makanan kering, snacks etc, dia ada gak jual ‘bento’ (nasi campur, masakan panas), dessert cam kek, puding etc, photostat and fax service, jual stem, renew license motor, jual tiket movie, tiket disneyland etc, bole buat ticket reservation utk current event or concert, bole bayar bil air letrik, gas, henfon, jual henfon pun ada, jual dvd movie ngn PS2, and ada courier service. Aku rs kalau keje convenience store kat sana mmg mencabar gak ar compare klu keje kat 7-Eleven kat sini sbb bnyk benda kena tau.
Anyway, bila kena jaga cashier, especially bila customer beli ‘bento’ ngn minuman, cashier akan greet ‘welcome’, and then akan tanya soalan2 seperti berikut:
(selepas ditranslasi kan dlm BM formal)
1. Adakah anda mahu bento ini dipanaskan?
Kat cashier ada 2 microwave utk panaskan bento. Sometimes ada customer yg nk mkn terus or xde microwave kat umah, so dorang mintak panaskan
2. (kalau dorang ada beli dessert or juice)
Adakah anda mahu sudu plastik dan straw disertakan?
Sbb sometimes ada customer nk bwk balik umah, so x perlu kan sudu plastik
3. (scan sumer brg2 sementara tunggu bento dipanaskan)
Jumlahnya ialah xxxx.xxx yen.
4. (then terima wang dari customer)
Saya menerima sebanyak xxx yen.
5. Dan bakinya sebanyak xxx yen.
(kalau baki ada bnyk duit kertas, duit tu kena tunjuk sambil kira sekeping2 dpn customer b4 bgi duit tu kat dorang)
6. (kalau bento x siap lagi)
Harap maaf, sila tunggu sekejap.
7. Telinga plastic bag akan digulung bg memudahkan customer pegang, and then diserahkan pd customer, bahagian telinga plastik bag dipusingkan ke arah customer, bg dorang senang grab
8. Terima kasih dan sila dtg lagi (sambil tunduk)
9. (Kalau nampak customer tu bnyk brg2 kecik yg lain, berkampit2, kena offer utk satukan brg2 dia dalam 1 plastic bag yg lebih besar supaya dia senang bawak)
Adakah encik mahu semua barang encik disatukan dalam 1 plastik yg lain?
VS
Contoh di Malaysia (self experience, in some stores)1. (bila masuk kedai)
Mmg x mengharap ada greet welcome pun, tp even dh ter eye contact ngn customer, senyum pun tak dan terus memalingkan muka
2. Kat cashier lak, sepatah haram x ckp apa2, terus scan brg, hulur tgn mintak duit. (cashier bisu kot, xpe dimaafkan)
3. Plastic bag x bg kat customer by hand. Letak ke tepi dia je. Kita kena hegeh2 sendiri capai plastic bag tu
4. Keluar kedai, xde ckp tima kasih
Cuma yg aku perasan kat mesia ni, klu g kedai2 mahal or department store, br ada warm greetings. Kalau masuk kedai kecik tepi jln ke, sori la.
Kita bole nampak, betapa la org jpn ni menghormati customer, satu2 dia tanya. Kalau diikutkan logic, letak je la sudu, garpu, straw etc ke dlm plastic bag, xyah nk tanya2. Tp the point is, dia nk tunjukkan yg dia try utk memahami kehendak customer. Without customer mintak benda2 tu, dia dh tanya dulu and nk tunjuk ada 2 ways communication. Of course sumer soklan2 di atas ditanya dengan menggunakan bahasa super sopan.
Dlm 1 hari, perkataan yg paling bnyk kitaorg kena ckp is ‘welcome’ (everytime bunyi alarm pintu dibukak or bila eye contact ngn customer dlm kedai) and ‘terima kasih’ (everytime customer bayar, and bila dgr bunyi alarm pintu kedai ditutup).
Kalau nk harap malaysia sampai ke tahap ni, aku rs x mungkin. Lagipun culture berbeza. Tp at least, kalau berckp dgn manis, lemah lembut dan senyum je pun aku rs dh cukup.
Tepuk dada, tanya selera.