Monday, March 05, 2007

Flash Back 2006 : Siri III

Siri III : My Sweetest - Delapan Hari Seminggu + Kenangan Terindah

Bagi aku, ni adalah sweetest memory aku sepanjang 2006. Last year, August 17- 22, there was a 2nd Asian Camping Congress. Event ni quite baru gak ar, bcoz the first one baru 2 tahun lepas, was held in Ulaanbaatar. So this time, Malaysia jd tuan rumah and nk perkenalkan The Royal Belum Reserved in Perak to the participants. Program ni disertai oleh more than 10 countries, termasuk Malaysia, Brunei, China, Taiwan, Hong Kong, Japan, Thailand, Australia, Mongolia, Russia, and etc.
And aku pun no idea why, Kerajaan Negeri Perak anta 1 memo to UTP (why not other college kan) mintak around 10 students of UTP to be the INTERPRETER utk participants yg join this event. Maka di sini aku dgn bongkak nye memaklumkan bahawasanya, aku telah dipanggil oleh Student Support Service (JPSP) lalu menitahkan aku untuk menjadi interpreter utk participant from Japan..!! and for this event, participant from Japan la yg paling ramai skali, ada dekat almost 20 gak ar. Of koz la aku terus meng offer kan diri, dan menyatakan kemahuan ku utk berjasa kepada negara malaysia (sbb image aku nnti bakal me refleks kan image negara jugak, btul x? hehe). On top of that, bole aku ponteng kelas semenggu~ haha yeaaah, dats my boy~.
So aku tgk2 program schedule, hm agak menarik. So tugas aku, kena la mengekor je orang jepang ni nnti, and translate everything to them. Dipendekkan cter, August 17,18 tu just check in kat Hotel Casuarina Ipoh, sambut participants yg br sampai, registration, meeting, rehearsal utk opening and benda2 yg sewaktu dgnnya.

Malam August 18 tu, ada opening ceremony, and dinner ngn Menteri Besar Perak, Datuk Tajol Rosli. Wah dok hotel ni bab mkn mmg bes. Dia punya food presentation mmg kreatif, chef tu naik motor masuk grand ballroom, music background lagu pink panther, sumer org claps. Tp x senang gak ar nk mkn, org jepang tu sibuk tanya tu apa ni apa hahaha..bole lak dorang tanya ikan kukus yg besar tu ikan laut ke ikan air tawar..adoi mana pakcik tau, pakcik bkn nelayan.

Tp mlm tu aku rs bes sgt, sbb first time join program besar camni, international event lak tu, aku pun terasa aku salah seorg yang penting pada mlm tu ehe..
Next day, August 19, cam biasa, buffet breakfast. Rutin rasmi kalau dok hotel, tak sah kalau x rasa setiap benda yg ada ehehe lagipun arini kene keja kuat. So kena mkn lebey sket. Lepas brekfes, ada briefing bout the tentative program, introduction tpt2 yg akan dilawati. Aku tgk participants from jpn ramai nguap2 hahaha sah2 dorang x paham english. Aku pun mulut ada 1, bkn 18, nk translate kat sumer org payah le. Aku just repeat je balik kat org yg dok dkt2 ngn aku je la. Then pandai2 la sampaikan kepada sahabat yg tiada dlm majlis. Tapi aku hangen gler ngn sorang lagi japanese intepreter, budak indon. Dia sepatutnya tolong aku, tp dok sibuk ke hulu ke hilir ngn camera bagak dia. Ampeh betul! Aram x buat keje pun.
Petang tu checkout hotel, get moving to Bukit Merah Laketown Resort. Yg membuatkan aku kagum, ada 4 bas, selang 1 bas ada motor polis, depan bas pertama ngn belakang bas keempat ada keta polis, dinding bas tu “Kerajaan Negeri Perak” & belakang sekali ada ambulan. Pergh, rasa cam VIP abis. Org jepang tu mmg puji la, dia ckp kerajaan mesia mmg bagus, menjaga kebajikan org yg dtg ke negara ni. Aku sebagai rakyat mesia pun kembang2 manja ar.
On the way tu singgah Kuala Kangsar, Masjid Ubudiah & muzium. Perjalanan diteruskan, head aku (kira ketua group utk urusetia yg in charge participants fr japan) org india, aktif gler dlm bus tu. Bawak mic, suh setiap org nyanyi. Haha adei, bila sampai turn aku, aku pun no idea nk melalak apa. Masa tu femes lagu Biarlah Rahsia – Siti Nurhaliza, aku pun ngn penuh perasaan mendendangkan lagu dlm bus. Sumer org senyap time aku nyanyi, kagum kot sedap sgt hahaha..tp ada pak arab tu puji aku (^__^)v Sedap la tu kot maknanya. Nak tau sedap ke x? Nantikan kemunculan aku, dlm UTP Star Search next sem! Yeah, vote for me! (Ya Allah perasan nye) Then, mlm tu dinner kat R&R Bukit Gantang, ada culture show & tropical fruits testing. Hehe suka beno org jpn tu mkn durian. Aku ingt dorang xleh mkn. Yg klaka, ada org gerai yg jual buah tu, panggil aku:

“try this (buah rambutan), this is delicious, very sweet”

ekekekeh dia ingt aku pelancong ka?! Aku pun sbb nk kaver punya pasal, sian kat dia nnti malu,

“oh, sankyuu (=Thank you pelat2 org jepun)”

(Dlm ati, sory bang, terpaksa nyamar) Mlm tu around kul 1 lebih gak br sampai Suria Service Apartment Bukit Merah. Sumer dh penat, tp ada welcome drink. Aku pun x lepaskan peluang sbb kering tekak menyanyi ahaha..penat menterjemah. Aku rs apartment ni baru lagi kot, sbb bau simen kuat, and habuk2 simen kat bilik air ada lagi, lantai berhabuk, dh la xde selipar, lampu tidur pun balut plastik lagi (bnyk nye ngomen, cam la aku ni participant haha..dh la fully support)
Next morning, ada wake-up call kul 5am! Sbb arini ada aktiviti masuk utan 1 whole day. So g brekfes, even x sesedap kat Casuarina, tp free, who cares~! Yang penting, buffet! Haha.. after brekfes, bas bawak g jeti. Sampai situ lebih kurang kul 10am, ada mkn2 lagi. Org jepun tu pelik, dorang ckp org mesia ni mmg kuat mkn ke? Brekfes, morning break, lunch, tea break, dinner, supper. Hehe aku pun xtau nk ckp apa. Sbb aku sendiri ada lunch ngn dinner je. Lagi 1 dorang pelik, tiap kali morning break mesti mkn bihun. Lor, mana la aku tau, dh tpt tu mmg order bihun ngn org catering, nk wat camne.

Dari jeti, kitaorg naik boat, 1 bot tu ada la dlm 12,13 org so mmg bnyk gler bot kat jeti tu. Dh la masa tu panas gler, aku sunburn gler aritu. Bak kata org Pahang ni, melengut abis kulit aku. Kat situ bnyk pulau2. So mula2 kitaorg gi Pulau Sira Gajah. Biasanya org jungle tracking, tp kat sini kitaorg gajah tracking. Org tu guide kitaorg ikut denai2 yg gajah selalu lalu.

Dan tak lupa juga, kitaorg diperkenalkan kepada tinja gajah, dikatakan tinja gajah tidak berbau busuk, bahkan baunya seperti aromatherapy. Lantas aku tidak melepaskan peluang ini, dan yaaa benaaaar! Tinja gajah enggak berbau buk! Next, kitaorg gi pulau org Asli. Actually aku excited jugak pasal x nah jumpa org asli yg btul2 asli yg duduk dlm utan camni.

Kesian gak tgk life dorang, serba kesederhanaan. Masak nasik dlm buluh, anak2 dorang dok main kejar2, xde la cam remaja2 sekrg, main PS2, main CS, tp bagusnye, maybe dorang xyah pening2 cam kita ni, nk pikir kena update blog la, pikir kena keje la, etc. And then dorang ajar traditional dance ngn cara menyumpit. Tapi aku x berjoget ar, pakcik malu (faktor umur).
Next, to the Pulau Tali Kail, to have our lunch there. Mengalahkan pengantin, masa kitaorg sampai ada bunga manggar, kompang sumer lengkap pakej! Pergh, bayangkan kat pulau kecik, keliling sumer air, tiba2 disambut ngn kompang. Kalian, bayangkan perasaan itu! Petang, kitoarg g satu lagi pulau, utk tgk bunga raflesia. Yg ni pun aku excited gak, mengalahkan participant, sbb setau aku raflesia ni bnyk kat borneo je, x sangka leh tgk kat semenanjung ni. Punya la jauh masuk utan, panjat batu, turun batu, br la sampai. Tp yg frustnye, masa tu raflesia x berkembang lagi.

2 fakta menarik about raflesia:
1. Raflesia ni cam org pregnant, umur 9 bulan baru dia kembang full. Masa kitaorg sampai tu umur dia baru 8 bulan. Aduhai frust nonggeng2 aku dlm utan tu hehe xde la nonggeng btul2 pun.
2. Raflesia ni actually tak berbau busuk seperti yg di gembar gemburkan. Actually, bnyk serangga such katak yg masuk kat tgh2 bunga tu, then mati kat dlm tu. Dats make this raflesia ada image berbau busuk la..

Abis keliling sumer pulau, balik ke darat, naik bas, then g zoo taiping lak for night safari.

Adei, mmg penat gler arini. Sampai aku x larat nk translate dah, org jpn tu pun dh x larat nk tanya apa2 dah haha. Sampai je kat zoo, ada culture show kat luar tu, meriah gler. And dinner of course, buffet, ayam percik, steamboat macam2 ada~.
Seronok gak night safari, naik train dia tu. Mula2 aku dgr org jpn tu mengomel sesama dorang, ckp penat la, nk balik tdo la apa la, sbb time tu dh kul 11.
Di alih suara dalam versi loghat kedah (menggunakan suara Oshin) :

"Woi hangpa gila apa tgh2 malam buta camni, pi tgk binatang buat apa! Pi balik tidoq la wei!"

Tp lepas dh pusing satu zoo, aku dgr dorang bisik2 sesama dorang, x nyesal dtg zoo mlm2 buta camni sbb best hehe. Bajet bisik2 aku x dgr la konon.
Next morning, kitaorg g Pulau Orang Utan, one of the attractions kat Bukit Merah ni. Apa yg aku dgr, dorang ckp this is the only orang utan island in the world. Tempat lain mmg la ada hutan simpan org utan, tp klu kat pulau, this is the only one.

Comel2 baby org utan tu, mmg cam baby manusia, pakai pampers, isap botol susu. Tapi yg sihat walafiat punya orang utan pun ada gak, terkejut gak aku nengok beso nye.
Then kitaorg g melawat Matang Mangroves, yg glemer nye hutan paya bakau ni, dikatakan management dia 1st class in the world. Sbb dia tanam and tebang pokok2 kat sini ikut phase yg tertentu.

Kitaorg pun masuk gak kilang tpt kayu2 bakau ni diproses. Kayu2 ni di ’smoke’ kan dlm ‘oven’ utk keringkan kandungan air dia. Then diproses buat pencuci muka, arang etc and mostly di eksport ke Jpn.

Kira hebat gak ar, selama 7 hari ni macam2 experience aku dapat, and berkenalan ngn org besar2. Datuk2, tan sri, manager, general manager. Kalau nk cari lubang keje nnti sure senang hehe..
Last event, mlm tu ada closing, dinner kat tepi pool ngn Tajol Rosli lagi. Every country kena buat 1 show. Aku as an intepreter utk Japan, so kena sama2 ngn dorang buat show, Awa Odori (Tarian Awa) hehehe lawak btul, tiba2 je org jpn tu bagi kain, gulung2 lilit kat kepala, pegang kipas, joget2 keliling stage. Adei, dulu2 sll ar tgk Awa Odori ni, tp x penah try pun. Terpaksa berkabaret lak aku mlm tu.
Lepas tu, show dr urusetia lak. So lagi skali, kabaret lagi aku, Pocho Pocho Dance! Adei, berjoget je la keje aku mlm last tu. Yg aku x tahan, lepas menteri besar balik, sumer dh selesai, dorang buat floor dance. Wah2, pakcik2 makcik2 yg tua2 pun kabaret x hengat dunia. Aku? seperti biasa, mengekalkan ciri2 jejaka timur yg santun (+ faktor umur), hanya melihat dr tepi.


Konklusi

1. Mmg sangat bes, pengalaman berharga bagi aku. Walaupun terpaksa berkorban sunburn ngn terpaksa mkn banyak haha.. Dok hotel mkn sedap2 ooo. Terpaksa mengorbankan perut, mengisi tangki sebaik mungkin.
2. Aku kagum ngn pakcik2 ngn makcik2 jepun yg join event ni, sumer nye dh berumur. Ada sorang tu pakai tongkat lagi, tp gagah masuk utan. Maybe pemakanan dorang yg buat dorang sihat & pjg umur.


3 comments:

asotoko said...

jepp~ best gilers pengalaman hang~
boleh buat buku la aku rasa..ngeh2

Hani said...

oooooooooooooooooooooooooooooo

ini la yg ko ponteng CompIT tuh kan. ciskek punye pakcik. kite berhempas pulas, die mkn buffet hari2.

faktor umur? kesedaran terhadap usia yg menjangkau 30an. kah kah.

Takeshi said...

Aso,
hehe, klu buat buku xde sapa la nk beli. tu la, aku rs bkn best experience in 2006, tp mmg my best experience la, dlm idup aku setakat ni.
Oi Mia~
wah2 ckp siang pandang2~!
sedap2 je tabur fitnah! ciskek btul.
ponteng CompIT apa nye, aku hegeh2 bawak Mr. Simon g sana sini ko kata aku ponteng?! ada ka patut.
dah la nametag korang sumer aku yg print tau kat lab.
apa2 pun, buffet mmg best~