Wednesday, March 28, 2007

Di sebalik perut mu yg sexy

Penat~. Tak mampu nk berkata2, tak mampu nk komen apa2, tak mampu nk mengomel, membebel etc. Pasrah~. Ye, kepala ku berserabut, sbb keje bnyk kat opis. Aku xtau la mmbr2 lain yg training camne, tp aku penat. By 16th SV aku nak tgk prototype, tp bnyk benda lagi x siap. Tambah2 lagi, aku tgh sakit ati tgk Cina Bukit dok sebelah aku ni. Bkn sebelah la, tp aku membelakangi dia kat cubical ni. Ye, dia ialah watak baru dlm opis ni selepas Cina Suruhan.
Actually dia trainee baru from TAR college, ye, seorang perempuan. Dh sebulan kat sini. Mula2 dia masuk, as usual, aku kena ajar dia macam2. Mula2 aku dh rasa pelik, masa aku ajar dia tu, aku xtau dia paham ke x, sbb dia x angguk and dia x geleng. Tp bila aku suh buat, x reti. Nk kata aku ajar x best ke? Tapi ada sorang mmbr dia borak2 ngn aku, dia ckp, cina bukit tu puji aku baik, sbb sll ajar dia mcm2 (bukan masuk lif tekan sendiri, tp kenyataan).
Fakta menarik tentang dia, dia even x reti guna Microsoft Excel! Argh mmg gering sereberum ngn medula oblongata la camni. Aritu kena buat bug list, dia type guna Words, aku lak kena compile kan utk dia. Haiyo, ahmoi! Lu tatak leti buat sendili ka? Tu la, x plan nk tulis pasal cina bukit ni, tp dh geram sgt! Sampai Barbie pun dok ngumpat ngn aku pasal dia hehe. Dia ckp budak ni x proaktif.
Bkn nk kutuk, mmg pun! Dari pagi, sampai petang dok bukak website cina dia, aku xtau apa dia baca. Bila dh petang, letak pala atas meja, tdo. Lunch, kul 12.30 then dia bukak kedai kopi old town sampai dkt kul 3, borak2 ngn mmber dia. Kuang ajo! Klu berckp ngn aku, x kisah la klu english tu broken, aku pun hegeh2 gak, tp imbuhan kat ujung tu macam2 ada, la, loh, mah, meh, guai etc. Sian barbie, complain kat aku sbb penat, budak tu x tolong dia. Mmg la aku suppose kena tolong dia, tp SV aku assign project lain lak kat aku. So sekrg aku kembali bertugas di bawah CS I hehe. Cina bukit ni, seksi je dpt harap, tiap2 ari pakai baju pendek tayang perut, tp di sebalik vogue nye itu, ampeh! (bkn aku skodeng perut dia, tp sbb dia dh nk tunjuk)
Dalam keadaan aku tgh2 serabut camni, ada 1 ari, aku masuk frenster aku. Kat, ’who’s viewed me’ tu, aku tgk ada sorang mmbr lama aku yg dh lama x contact. Dia dok dpn bilik aku masa aku kat UM, then sama2 g jepang. Kat jepang pun x contact sgt. Rasanya dh more than 5 years x contact. So aku pun usha la frenster dia balik, rupa2nya dia dh nk amik Phd.

Ya ampuuuuunn!

Rasa tertampar seketika. Tiba2 aku rs lain macam2, semangat aku naik tiba2! Guess what?! Aku terus TER plan nk amik master! Cuma xdpt nk decide lagi, samada nk direct after degree or wat. And x decide lagi nk amik kat local Uni or oversea. But for sure, not UTP hehe. Sapa terasa nk amik master angkat tgn?! Tp, rs2 nye cam nk kembali ke jepang balik. Kepada sapa2 yg berminat nk amik master di jepang, sile tgk di sini:

http://www.my.emb-japan.go.jp/EN/Education/2007/scholarship02_2007.htm

Ye, promosi. Klu buat master kat jpn, leh buat dlm english. So xde masalah kepada sapa2 yg xde basic japanese. Just, masa kat sana, wajib masuk kelas language dia.

Konklusi:
1. Aku benci tgk ko cina bukit haha, sorry to say
2. Umur tidak menghalang untuk menimba ilmu
3. Belajar la sebnyk mana selagi anda terdaya

Saturday, March 24, 2007

Errr...aaa...uh oh hurm...

(Kechi, jgn sue aku! Re-publish blog ko tanpa kebenaran hehe)

Ini ialah satu entry drpd blog Akechi yg mencuit aku utk memberi bebelan mengenainya. Kenape kah? Ya, sebelum aku mengulas ngn lebih lanjut, congrate kat kawan aku sorang ni sbb x lama lagi ada umah sendiri. Keta pun dh ada, kawin je belum lagi utk melengkapkan pakej hehe.
Apa yg menarik nye "no help from other people including my parents & no financial help"!
Nah, di mana aku nk letak muka aku?

Akechi vs Aku

1. Akechi muda, aku tua sket je hehe
2. Akechi dh ada kereta berbumbung, aku baru ada roofless car je
3. Akechi dh beli umah, aku belum ada rezeki lagi
4. Akechi dh start mengumpul harta, aku baru ada saving sket2 je

Aaa, jeles jeles...
Ya, mari mengumpul harta tanpa segan dan silu~!

Tuesday, March 20, 2007

Sarang Hae Yo & Kamsahamnida

Firstly, thank you so much kat Ijah (awek JJ) & JJ (balak Ijah), sebab banje aku ari ahad (18hb) aritu. Dh lama plan nk g situ, at last terkabul gak hajat ek?
Bole kira belated bday party gak ar, sbb dorang nk banje aku on my bday, tp dat time aku takde kat KL. Yg best tpt ni, yeaahh~!! Of koz bcoz it’s buffet~~!! It’s a Korean Restaurant, Bulgogi, kat Plaza Pantai (Putra Station, Kerinchi). Bagi aku, even klu org x blanje pun, aku rs the price is affordable and worthy sbb mmg puas ati. RM20++ for lunch and RM40++ for dinner.

Choice mmg variety and mostly sumer benda mmg aku bole mkn, xde benda yg aku tak suka (subset, sumer favourite aku). Aku mmg suka mkn2 sambil2 masak2 sendiri. (Japan ngn Korea mmg bnyk style restaurant camni)
Sbb rhythm makan tu jadik selo sket = bole mkn bnyk = sambil tu bole borak2.
Kalau mkn benda yg dh siap masak :
terus lulu je masuk mulut = rhythm mkn jadi laju = susah nk borak2 = cepat kenyang (penemuan aku yg terbaru)

Choice utk steamboat:
Tomyam or Chicken Soup (bole tukar2), Fishball, taufu, mee udon, kangkung, kuewtiow, telur, udang, terung sumbat, sotong, crabball dan segala2 jenis ball lagi (erm, ball yg halal dimakan) ops 18sx ke? Jangan memandang serong terhadap beta ya..
Choice utk grill:
Black pepper chic/beef, spicy chic/beef, fish, udang, sotong dan segala2 jenis seafood lagi.
Others:
Rojak, fruits, kuih2, ice cream, salad with dressing, ABC, drinks, some Korean appetizers like Kimchi, etc .

Puas!!! Aku rs aku lagi suka gi sini drpd bayar RM14 gi Hartz Chicken which, mostly mmg chicken, yg cepat muak + cepat kenyang.

Secondly, thank you so much kat Mohsin sbb tolong aku arini. Dipendekkan cter, mlm td, aku nk g bank. So aku pun turun la bawah, start kereta aku (my Honda roofless car, EX5).

Aik, nape berat? Xkan lepas g bulgogi aku naik berkilo2 kot? Toleh ke belakang, huwaaa tayar belakang ku kempes~! Brengset! Inikah penangan Bulgogi?

Next day, g keje naik bas. Then aku chiow awal dlm kul 6 lebih sket sbb takut kedai moto tutup awal. Sampai umah, aku plan nk bawak moto ops keta tu selo2 g petronas, isi angin dulu then br nk g kdai moto kat Dengkil. Tp aku usha balik, isk xleh jadi ni, kempes abis. Kalau jalan nk g petronas tu rata xpe. Ada bukit2 sket, klu xlepas kang naya je. Lalu ada 1 nama terlintas di benak fikiranku,“Mohsin!“ (bukan Mukhsin kat wayang tu) Luckily masa aku called tu dia still dlm cyberjaya, then dia jemput aku bawak g Dengkil.
Bawak cina tu dtg umah, tukar tube, then g anta balik. Aku ingt rm50 ke, sbb bawak dia dtg umah, dh ready cash punya banyak, skali kena RM14 je. Ala, bnyk la pulak duit lebih, terpaksa ar g shopping pasni haha. Tp aku tgk besi durjana yg cucuk tayar motor aku, alahai, ubat stapler pun lg panjang. Gering nye jiwa raga beta melihat petualang itu~!
Mohsin, nnti aku banje makan k?

Konklusi:
1. Bulgogi is much better than Hartz Chicken
2. Sejauh mana komodenan sesebuah bandar (such Cyberjaya) jgn lupakan insan2 yg bernasib malang (sbb bawak roofless car). Sebijik kdai moto pun xde. Dei, apa la.
3. Makan banyak xkan mengakibatkan tayar pancit. Dusta semata2.

Thursday, March 15, 2007

Skali Skala~

Since last week, idup aku tonggang langgang (bkn sbb xde pegangan) tapi sbb bnyk keje. Rasa cam x terurus seketika. Tapi, bila difikirkan kemanisan di sebaliknye, sokor sbb rezeki aku makin bertambah. Profession aku sekrg, student, trainee and PART TIMER. Aku dpt 1 part time job, dh start almost for 2 weeks, as an Anime Translator. Payment? Hm xyah la aku mempoyos kan diri sendiri. Tapi agak lumayan. Actually, there is a dubbing studio kat bangsar, so dorang tgh cari translator utk translate script for anime, japanese-english, utk actor/actress dorang buat dubbing.

Tapi anime budak2, ala2 sailormoon, “Twin Princess of Wonder Planet”. Budak2 ke, org tua ke, yg penting duit masyuk hehehe.
So, setakat ni aku dh translate 4 episodes. Semingu kena submit 2 or 3 episodes. Dats y aku makin pening lately. Balik umah lepas abis keje, kena ngadap pc lagi. Dh lenguh jari jemari aku menaip, rasa nk menaip ngn kaki lak. Mula2 quite tough sbb x familiar sgt. B4 this, kalau tgk anime (yg xde subtitle), mmg la paham, tp x penah la nk pikirkan apa yg dia ckp tu dlm english, just paham in japanese concept. But, translation ni, yg buatkan aku take time is, nk pk the best word utk english translation, kena tulis expression muka dorang, sad, happy etc. Even translation btul, tp kalau choice of words salah, meaning jd pelik lak.
Yes, Jeannie is my boss kat studio ni haha. Suka ati korang je nk gosip aku!

Dh seminggu lebih aku x berapa sihat sgt, sbb sll tertido sambil buat translation, x selimut, x slow kan kipas, so batuk & selsema. Sakit tekak, malas nk g klinik, suara pun rock abis! Tapi, itu bkn penghalang. Janji harus dikota, last Mon and Tue, aku gi mereleasekan tensi di Kota Keriangan, Tanah Tinggi Genting together-gether with Dae, Zulfaqar and Jimi.

How was it? Undescribable. Mmg bes, enjoy~! Lupa keje, lupa segala2 yg ada di atas tanah rata, tinggalkan sumer masalah, tensi dan depresi di bawah sana. Almost sumer ride yg best2 aku naik, except Space Shot (faktor umur, takut jantung tertinggal kat atas masa mende tu tgh turun laju).

Overall mmg puas ati. Hotel pun lawa. Rasa berbaloi, cuma x bes sbb makan mahal. Tp seb baik ada 'side income' ! Lepas ni bole la sebulan skali, cuti2 Malaysia~!
Minggu ni kembali ke opis seperti biasa, dalam aku keboringan, kealpaan, kecuriantulangan, kemalasan, kemengantukan dan mahu keniduran sahaja (disebabkan software testing yg membosankan), akhirnya aku dpt satu task baru yg best! Semangat aku utk bekerja kembali melonjak seperti jeritan seorg insan semasa menaiki roller coster corkscrew di Genting Highland. Yeah~!!
Chayok~ chayok~!

Selingan

Last week before aku balik kuantan, borak2 ngn Barbie. Rupa2 nya bday dia sama ngn aku! And got another staff, also on the same date. AND same year! Wah wah, seronot btul si Barbie, dia panggil aku “Brother” sekrg kah3!

"No wonder I can feel a chemistry between you and me.
Later after I go back, I will ask my mum, whether she had a son or not.
Now you have a sister and also a twin brother lor"

Waduh waduh, sukak sukak luk sajak bagi adik beradik angkat same guek!

Wednesday, March 14, 2007

Terima Kasih

Last week, malam, aku dpt call dari ayah aku. Aku terkejut bila ayah aku dgn tenang nye bgtau, mak aku kena tahan kat ward. Tp dia kata don’t worry, sbb xde apa2 sgt, which sememangnye aku worry. Aku 3 beradik kecoh jap, kakak aku xleh balik weekend tu sbb anak2 dia nk exam ari isnin, abg aku lak ada exam gak isnin tu, tp dia kata dia boleh mntak postpone. Kitaorg plan nk balik kuantan. But then, next day, dlm masjid nk mayang jumaat, mak aku call, dia kata dia dh kuar ward. Aku lega sket dgr. So aku ngn abg aku x jd balik kampung. Tp suara dia bunyi lemah je, cam x larat sgt. But few days after tu, mak aku call lagi, dia kata x brp ok lagi, rs lemah, dok terbaring je.

Shoujiki, kokoro no soko ni wa nakesou ni natta. ‘Ore wa nanimo dekinai. Nanimo yaku ni tatanai’ tte iu kimochi de ichiban kuyashikatta. Sorewa yappari ki ni naruyouna, ki ni naranai you na konna chuuto hanpa na toshi goro no sei de. Mou kazoku no sasae ni natta hazu nanoni. Gyaku ni, futan ni naru dake tte kanji dane. Anna toshi totteru ryoushin ni, meiwaku bakka kakete, maitsuki kane wo dasasetari shite...

So the next weekend aku decide nk balik kuantan. Amik cuti on thu & fri. Aku sampai kuantan on Thu 1am. Next morning, aku terkejut tgk mak aku. Nk bercakap pun dia x larat. Aku rasa sedih kejap, sbb first time dia sakit teruk camtu. Dia x penah kena camtu. And dlm family aku x penah sapa2 pun lagi sakit teruk or kena tahan kat ward. Nk cakap dia sakit apa pun, aku x berani nk ckp, sbb Tuhan je yg lebih tahu.
Khamis mlm tu, dia g berubat. Balik umah kul 12 mlm, dia segar bugar. Tapi next day tu, dia jadi cam the day before, x larat balik. Hm heran gak aku camne bole jd camtu. Mlm td ok je.
Petang Jumaat, aku terpaksa balik kl, sbb numpang abg aku. Masa tu mak aku still x ok sgt. Tapi few days lepas aku balik kl, mak aku call, dia kata dh ok sket. Aku dgr suara dia pun mmg cam dh ok sket. Alhamdulillah.
So, aku amik kesempatan ni, nk ucapkan thank you very much kat sumer kawan2 aku. Firstly sbb ramai gak yg sms aku, pm aku kat ym and gtalk, tanya pasal mak aku. Ada jugak yg sms, “Aku doakan moga mak ko cepat sihat, amin”. Sesungguhnya, aku yg sedikit 3 suku ni pun rs terharu ngn sms camtu. Berkat doa kawan2 aku gak, mak aku dh sihat sket sekrg. Tima kasih bnyk2.
Secondly, tima kasih sbb ramai gler yg wish hepi bday kat aku. SMSs, email, e-card etc & yg dkt blog ni pun. Nak tulis nama sorang2 kat sini x dpt la, sbb ramai. Ada jugak mmbr2 yg dh lama x contact bertahun2 pun tiba2 wish bday aku. Isk terharu aku uhuk uhuk. Sory, mmbr2 lama, dh lama x contact korang. Makin tua makin ramai yg wish, ikut bilangan tahun umur aku kot (yes, 22 years old).
Thank you korang!

Konklusi

1. Sayangi lah ibu bapa anda sementara mereka masih ada di dunia ni. Biarpun sometimes, apa yg mereka ckp, apa yg mereka suruh kita buat, kita rasa tak betul, tp sebenarnya dorang sayang kat kita, sbb tu la dorang amik berat.
Aku petik satu kata2 best dlm 1 drama jepun yg aku layan a few months ago (My Boss My Hero), berbunyi :

“Nigate no koto no naka ni wa, anata ga mada shiranai kirakira shita mono ga takusan hisonderu”

Di translasi kan sebagai :

“ Dalam perkara or benda2 yg kita rasa pahit/x suka/lemah, sebenarnya masih bnyk benda2 yg manis/hikmah/pengajaran di sebaliknya, yang kita x sedar/nampak”

Aku rasa ayat ni bagi motivasi kat aku, sbb, sometimes bila kita menemui kesusahan, kita stress and depress, kita rasa lemah, or pendapat kita ditentang oleh parents, kita rs tension or kita rasa org tu kolot sbb x sehaluan ngn kita. Tapi, next time, cuba la fikirkan di sebaliknya, kerana jika 1 jari telunjuk menunding ke arah orang lain, 3 jari lain akan menunding balik ke arah diri sendiri (x caya? Cuba genggam penumbuk, tundingkan jari telunjuk, 3 jari lagi akan menunding balik ke arah anda).

2. Sayangi lah kawan2 anda dan hargai mereka.

Monday, March 05, 2007

Flash Back 2006 : Siri III

Siri III : My Sweetest - Delapan Hari Seminggu + Kenangan Terindah

Bagi aku, ni adalah sweetest memory aku sepanjang 2006. Last year, August 17- 22, there was a 2nd Asian Camping Congress. Event ni quite baru gak ar, bcoz the first one baru 2 tahun lepas, was held in Ulaanbaatar. So this time, Malaysia jd tuan rumah and nk perkenalkan The Royal Belum Reserved in Perak to the participants. Program ni disertai oleh more than 10 countries, termasuk Malaysia, Brunei, China, Taiwan, Hong Kong, Japan, Thailand, Australia, Mongolia, Russia, and etc.
And aku pun no idea why, Kerajaan Negeri Perak anta 1 memo to UTP (why not other college kan) mintak around 10 students of UTP to be the INTERPRETER utk participants yg join this event. Maka di sini aku dgn bongkak nye memaklumkan bahawasanya, aku telah dipanggil oleh Student Support Service (JPSP) lalu menitahkan aku untuk menjadi interpreter utk participant from Japan..!! and for this event, participant from Japan la yg paling ramai skali, ada dekat almost 20 gak ar. Of koz la aku terus meng offer kan diri, dan menyatakan kemahuan ku utk berjasa kepada negara malaysia (sbb image aku nnti bakal me refleks kan image negara jugak, btul x? hehe). On top of that, bole aku ponteng kelas semenggu~ haha yeaaah, dats my boy~.
So aku tgk2 program schedule, hm agak menarik. So tugas aku, kena la mengekor je orang jepang ni nnti, and translate everything to them. Dipendekkan cter, August 17,18 tu just check in kat Hotel Casuarina Ipoh, sambut participants yg br sampai, registration, meeting, rehearsal utk opening and benda2 yg sewaktu dgnnya.

Malam August 18 tu, ada opening ceremony, and dinner ngn Menteri Besar Perak, Datuk Tajol Rosli. Wah dok hotel ni bab mkn mmg bes. Dia punya food presentation mmg kreatif, chef tu naik motor masuk grand ballroom, music background lagu pink panther, sumer org claps. Tp x senang gak ar nk mkn, org jepang tu sibuk tanya tu apa ni apa hahaha..bole lak dorang tanya ikan kukus yg besar tu ikan laut ke ikan air tawar..adoi mana pakcik tau, pakcik bkn nelayan.

Tp mlm tu aku rs bes sgt, sbb first time join program besar camni, international event lak tu, aku pun terasa aku salah seorg yang penting pada mlm tu ehe..
Next day, August 19, cam biasa, buffet breakfast. Rutin rasmi kalau dok hotel, tak sah kalau x rasa setiap benda yg ada ehehe lagipun arini kene keja kuat. So kena mkn lebey sket. Lepas brekfes, ada briefing bout the tentative program, introduction tpt2 yg akan dilawati. Aku tgk participants from jpn ramai nguap2 hahaha sah2 dorang x paham english. Aku pun mulut ada 1, bkn 18, nk translate kat sumer org payah le. Aku just repeat je balik kat org yg dok dkt2 ngn aku je la. Then pandai2 la sampaikan kepada sahabat yg tiada dlm majlis. Tapi aku hangen gler ngn sorang lagi japanese intepreter, budak indon. Dia sepatutnya tolong aku, tp dok sibuk ke hulu ke hilir ngn camera bagak dia. Ampeh betul! Aram x buat keje pun.
Petang tu checkout hotel, get moving to Bukit Merah Laketown Resort. Yg membuatkan aku kagum, ada 4 bas, selang 1 bas ada motor polis, depan bas pertama ngn belakang bas keempat ada keta polis, dinding bas tu “Kerajaan Negeri Perak” & belakang sekali ada ambulan. Pergh, rasa cam VIP abis. Org jepang tu mmg puji la, dia ckp kerajaan mesia mmg bagus, menjaga kebajikan org yg dtg ke negara ni. Aku sebagai rakyat mesia pun kembang2 manja ar.
On the way tu singgah Kuala Kangsar, Masjid Ubudiah & muzium. Perjalanan diteruskan, head aku (kira ketua group utk urusetia yg in charge participants fr japan) org india, aktif gler dlm bus tu. Bawak mic, suh setiap org nyanyi. Haha adei, bila sampai turn aku, aku pun no idea nk melalak apa. Masa tu femes lagu Biarlah Rahsia – Siti Nurhaliza, aku pun ngn penuh perasaan mendendangkan lagu dlm bus. Sumer org senyap time aku nyanyi, kagum kot sedap sgt hahaha..tp ada pak arab tu puji aku (^__^)v Sedap la tu kot maknanya. Nak tau sedap ke x? Nantikan kemunculan aku, dlm UTP Star Search next sem! Yeah, vote for me! (Ya Allah perasan nye) Then, mlm tu dinner kat R&R Bukit Gantang, ada culture show & tropical fruits testing. Hehe suka beno org jpn tu mkn durian. Aku ingt dorang xleh mkn. Yg klaka, ada org gerai yg jual buah tu, panggil aku:

“try this (buah rambutan), this is delicious, very sweet”

ekekekeh dia ingt aku pelancong ka?! Aku pun sbb nk kaver punya pasal, sian kat dia nnti malu,

“oh, sankyuu (=Thank you pelat2 org jepun)”

(Dlm ati, sory bang, terpaksa nyamar) Mlm tu around kul 1 lebih gak br sampai Suria Service Apartment Bukit Merah. Sumer dh penat, tp ada welcome drink. Aku pun x lepaskan peluang sbb kering tekak menyanyi ahaha..penat menterjemah. Aku rs apartment ni baru lagi kot, sbb bau simen kuat, and habuk2 simen kat bilik air ada lagi, lantai berhabuk, dh la xde selipar, lampu tidur pun balut plastik lagi (bnyk nye ngomen, cam la aku ni participant haha..dh la fully support)
Next morning, ada wake-up call kul 5am! Sbb arini ada aktiviti masuk utan 1 whole day. So g brekfes, even x sesedap kat Casuarina, tp free, who cares~! Yang penting, buffet! Haha.. after brekfes, bas bawak g jeti. Sampai situ lebih kurang kul 10am, ada mkn2 lagi. Org jepun tu pelik, dorang ckp org mesia ni mmg kuat mkn ke? Brekfes, morning break, lunch, tea break, dinner, supper. Hehe aku pun xtau nk ckp apa. Sbb aku sendiri ada lunch ngn dinner je. Lagi 1 dorang pelik, tiap kali morning break mesti mkn bihun. Lor, mana la aku tau, dh tpt tu mmg order bihun ngn org catering, nk wat camne.

Dari jeti, kitaorg naik boat, 1 bot tu ada la dlm 12,13 org so mmg bnyk gler bot kat jeti tu. Dh la masa tu panas gler, aku sunburn gler aritu. Bak kata org Pahang ni, melengut abis kulit aku. Kat situ bnyk pulau2. So mula2 kitaorg gi Pulau Sira Gajah. Biasanya org jungle tracking, tp kat sini kitaorg gajah tracking. Org tu guide kitaorg ikut denai2 yg gajah selalu lalu.

Dan tak lupa juga, kitaorg diperkenalkan kepada tinja gajah, dikatakan tinja gajah tidak berbau busuk, bahkan baunya seperti aromatherapy. Lantas aku tidak melepaskan peluang ini, dan yaaa benaaaar! Tinja gajah enggak berbau buk! Next, kitaorg gi pulau org Asli. Actually aku excited jugak pasal x nah jumpa org asli yg btul2 asli yg duduk dlm utan camni.

Kesian gak tgk life dorang, serba kesederhanaan. Masak nasik dlm buluh, anak2 dorang dok main kejar2, xde la cam remaja2 sekrg, main PS2, main CS, tp bagusnye, maybe dorang xyah pening2 cam kita ni, nk pikir kena update blog la, pikir kena keje la, etc. And then dorang ajar traditional dance ngn cara menyumpit. Tapi aku x berjoget ar, pakcik malu (faktor umur).
Next, to the Pulau Tali Kail, to have our lunch there. Mengalahkan pengantin, masa kitaorg sampai ada bunga manggar, kompang sumer lengkap pakej! Pergh, bayangkan kat pulau kecik, keliling sumer air, tiba2 disambut ngn kompang. Kalian, bayangkan perasaan itu! Petang, kitoarg g satu lagi pulau, utk tgk bunga raflesia. Yg ni pun aku excited gak, mengalahkan participant, sbb setau aku raflesia ni bnyk kat borneo je, x sangka leh tgk kat semenanjung ni. Punya la jauh masuk utan, panjat batu, turun batu, br la sampai. Tp yg frustnye, masa tu raflesia x berkembang lagi.

2 fakta menarik about raflesia:
1. Raflesia ni cam org pregnant, umur 9 bulan baru dia kembang full. Masa kitaorg sampai tu umur dia baru 8 bulan. Aduhai frust nonggeng2 aku dlm utan tu hehe xde la nonggeng btul2 pun.
2. Raflesia ni actually tak berbau busuk seperti yg di gembar gemburkan. Actually, bnyk serangga such katak yg masuk kat tgh2 bunga tu, then mati kat dlm tu. Dats make this raflesia ada image berbau busuk la..

Abis keliling sumer pulau, balik ke darat, naik bas, then g zoo taiping lak for night safari.

Adei, mmg penat gler arini. Sampai aku x larat nk translate dah, org jpn tu pun dh x larat nk tanya apa2 dah haha. Sampai je kat zoo, ada culture show kat luar tu, meriah gler. And dinner of course, buffet, ayam percik, steamboat macam2 ada~.
Seronok gak night safari, naik train dia tu. Mula2 aku dgr org jpn tu mengomel sesama dorang, ckp penat la, nk balik tdo la apa la, sbb time tu dh kul 11.
Di alih suara dalam versi loghat kedah (menggunakan suara Oshin) :

"Woi hangpa gila apa tgh2 malam buta camni, pi tgk binatang buat apa! Pi balik tidoq la wei!"

Tp lepas dh pusing satu zoo, aku dgr dorang bisik2 sesama dorang, x nyesal dtg zoo mlm2 buta camni sbb best hehe. Bajet bisik2 aku x dgr la konon.
Next morning, kitaorg g Pulau Orang Utan, one of the attractions kat Bukit Merah ni. Apa yg aku dgr, dorang ckp this is the only orang utan island in the world. Tempat lain mmg la ada hutan simpan org utan, tp klu kat pulau, this is the only one.

Comel2 baby org utan tu, mmg cam baby manusia, pakai pampers, isap botol susu. Tapi yg sihat walafiat punya orang utan pun ada gak, terkejut gak aku nengok beso nye.
Then kitaorg g melawat Matang Mangroves, yg glemer nye hutan paya bakau ni, dikatakan management dia 1st class in the world. Sbb dia tanam and tebang pokok2 kat sini ikut phase yg tertentu.

Kitaorg pun masuk gak kilang tpt kayu2 bakau ni diproses. Kayu2 ni di ’smoke’ kan dlm ‘oven’ utk keringkan kandungan air dia. Then diproses buat pencuci muka, arang etc and mostly di eksport ke Jpn.

Kira hebat gak ar, selama 7 hari ni macam2 experience aku dapat, and berkenalan ngn org besar2. Datuk2, tan sri, manager, general manager. Kalau nk cari lubang keje nnti sure senang hehe..
Last event, mlm tu ada closing, dinner kat tepi pool ngn Tajol Rosli lagi. Every country kena buat 1 show. Aku as an intepreter utk Japan, so kena sama2 ngn dorang buat show, Awa Odori (Tarian Awa) hehehe lawak btul, tiba2 je org jpn tu bagi kain, gulung2 lilit kat kepala, pegang kipas, joget2 keliling stage. Adei, dulu2 sll ar tgk Awa Odori ni, tp x penah try pun. Terpaksa berkabaret lak aku mlm tu.
Lepas tu, show dr urusetia lak. So lagi skali, kabaret lagi aku, Pocho Pocho Dance! Adei, berjoget je la keje aku mlm last tu. Yg aku x tahan, lepas menteri besar balik, sumer dh selesai, dorang buat floor dance. Wah2, pakcik2 makcik2 yg tua2 pun kabaret x hengat dunia. Aku? seperti biasa, mengekalkan ciri2 jejaka timur yg santun (+ faktor umur), hanya melihat dr tepi.


Konklusi

1. Mmg sangat bes, pengalaman berharga bagi aku. Walaupun terpaksa berkorban sunburn ngn terpaksa mkn banyak haha.. Dok hotel mkn sedap2 ooo. Terpaksa mengorbankan perut, mengisi tangki sebaik mungkin.
2. Aku kagum ngn pakcik2 ngn makcik2 jepun yg join event ni, sumer nye dh berumur. Ada sorang tu pakai tongkat lagi, tp gagah masuk utan. Maybe pemakanan dorang yg buat dorang sihat & pjg umur.


Thursday, March 01, 2007

ERL, McD and Future

Best btul la, kelmarin aku br je terlintas dlm ati nk mkn KFC sbb dh lama x mkn. And baru je terpk nk rempit g Alamanda. Nak dijadikan cter, petang semlm, tiba2 aku rs lapar sbb lunch roti je, keje lak bnyk. Alih2 ada bday party kat opis. Termasuk yg ni, dh 5 kali ada bday party kat opis. Aku pun numpang le 2 kaki...ada KFC ngn kek secret recipe! yeah~! Seb baik dpt KFC, kalau tak, kempunan, mana la aku nk cari batu belah batu bertangkup kat Cyberjaya nih..
Dan, aku berjaya candid gamba Cina Suruhan I tgh mkn. Tp kensel la nk dedahkan gamba dia sbb sian dia, tgh senget2 mulut mkn ayam. Tak comey la plak haha...Barbie xde, lepas nyanyi2 lagu bday tu dia terus blah. Diet kot, x mkn kfc. Jaga badan la barbie, takut nnti x jd barbie doll dh lepas ni, jadi apa ek? Apa2 doll la yg tembam2 sket..
Semlm penat banget, dah la keje mmg bnyk. Tiba2 kul 5.30pm ada nombor yg x dikenali call aku. Bila aku angkat, alamak! Jeannie~ (Jeannie? hoho siapakah? mari bergosip~!) Jeannie ialah TTTM (teman tapi tak mesra ah ah ah ~). More bout her? Kenot~ xleh cter lebih2. Len kali je la, nanti x suspense! Maka karena terpaksa, demi Jeannie, aku terpaksa ke bangsar petang semlm. Tepat jam 6.25pm (5 minit awal aku blah), naik bas g KL, skali ngn budak2 cina trainee baru from TAR college. Dorang baru 3rd day kat opis ni, tp buat cam dh lama kenal je ngn aku. Quite frenly, ok gak borak2 ngn dorang.
Yeah, aku rs dh lebih 5 tahun tak gi Bangsar, dh bnyk berubah. Mapley yg dkt2 ngn masjid tu dh xde, ada Bangsar Village. Aku xnah tau pun kewujudan shopping complex tu.

Jumpa Jeannie, borak2, dkt2 kul 10pm aku gerak balik. Tapi disebabkan penat punya pasal + mengada2, even aku ada lagi simpan pas harian RapidKL, tanpa berpikir 2x aku terus g beli tiker ERL hoho~. Actually ni baru je kali ke2 aku naik ERL balik Putrajaya. X kisah bayar lebih, asalkan ati puas, sbb x ramai org + for sure dpt duduk + selesa + cepat. Kalau guna ERL, half perjalanan aku drpd guna bas. Kejap je dh sampai putrajaya.

Dan yang paling penting, aku nk duduk sbb NAK MAKAN! aku x mkn apa2 lagi since mkn roti lunch td! Eh, lupa dh mkn kfc ngn kek. Tapi, nafsu membeli ku menghantar pesanan ke otak melalui saraf2, otak ku mengarahkan sistem badan ku untuk mengendur dan mengecutkan otot2 di bahagian kaki ku supaya tulang2 dibengkok kan dan melangkah ke arah sejenis restoran bersifat segera, di mana iklan nye mau diharamkan oleh menteri kabinet di tv, iaitu McD. Lalu 2 bebola mata ku meliar, mencari sambil otot2 mata mengawal kemasukan cahaya ke retina. At last :

Yeah~!! Aku berjaya duduk dgn aman dlm ERL, makan BigMac. Diner aku semlm, Mcd Bergerak. Lazet~. Oo ya, about ERL, aku sebagai rakyat malaysia bangga sbb ada train yg sebegini cantik dan moden. Kalau nk compare dgn express train Tokyo-Narita Airport, ERL kita lagi cantik. Saya bangga menjadi anak Malaysia~! Adei, tiba2 semangat patriotik la plak..
Aku sampai kat umah kul 11.30, penat~

Konklusi :

Pertemuan aku ngn Jeannie arini, merupakan titik tolak sebagai salah satu langkah utk aku berjaya merealisasikan salah satu drpd 1000 impian ku di masa hadapan. hehe ayat bole tahan, tu la dulu Karangan sll dpt A. Tak sia2 Puan Saleha tarik telinga aku masa darjah 6, sbb salah eja 'tengahari' + terima kasih pada cikgu bm aku masa form 5, Puan Norliah (kitaorg panggil dia Noi)